Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

KEPIMPINAN DAKWAH DALAM MENGHADAPI CABARAN MAD’U DALAM ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Mokhtar, Halim; Abdullah, Muhammad Yusuf Marlon; Misra, Mustafa Kamal Amat; Arshad, Mohd Hakim; Mahmod, Abdul Haiy
Proceeding International Seminar of Islamic Studies INSIS 5 (March 2023)
Publisher : Proceeding International Seminar of Islamic Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Dalam era globalisasi, peningkatan penggunaan teknologi dan komunikasi seperti Internet telah membuka peluang baru untuk berdakwah. Pendekatan ini dilihat sebagai wadah penting untuk berkomunikasi antara da'i dan mad'u, memudahkan pendakwah menyampaikan mesej dan nasihat agama kepada anak muda. Selain itu, penggunaan media sosial boleh mengakses pelbagai input yang berguna. Secara tidak langsung, ia boleh memberi kesan positif kepada politik, ekonomi, sosial dan kehidupan pendidikan dalam sesebuah negara. Namun begitu, platform ini masih dilihat sebagai satu cabaran untuk menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat, kerana penggunaan Internet tidak dapat menyekat unsur-unsur negatif daripada penggunanya dengan begitu banyak. Pada masa yang sama, dakwah di era revolusi industri 4.0 juga menyaksikan cabaran dari sudut nilai Islam yang terhakis akibat kecanggihan teknologi atau ‘dunia tanpa sempadan', anak-anak kurang menghormati ibu bapa, dan ada yang berpandangan bahawa budaya menuntut ilmu kurang ketara kerana terdapatnya maklumat di internet dan media sosial. Oleh itu, artikel ini cuba untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang sesuai dalam menghadapi cabaran mad’u dalam era revolusi industri 4.0. Kajian yang dibuat dalam artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis kandungan berkaitan tajuk yang dibuat. Hasil kajian mendapati bahawa dalam mendepani cabaran mad’u dalam era revolusi industri 4.0 adalah perlu mengekalkan kesahihan maklumat tentang Islam, mempertahan keintelektualan dan kewibawaan pendakwah dan melahirkan pendakwah yang celik teknologi. Kesimpulannya, pendakwah perlu arif dengan teknologi baharu dan media sosial agar dapat mengikuti arus dan perkembangan semasa berdakwah dan bijak dalam menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh mad’u.