This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian, dan Isu Rasionaliti Masyarakat Petani di Sabah, Malaysia Suadik, Maine; Karulus, Yusten
SOSIOHUMANIKA Vol 3, No 1 (2010)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (138.166 KB)

Abstract

ABSTRAK: Kertas kerja ini mengkaji pengaruh teknologi terhadap perubahan amalan pertanian dalam masyarakat petani padi di Kampung Piasau, Kota Belud, negeri Sabah, Malaysia. Kertas kerja ini telah mengenalpasti tahap modenisasi dalam masyarakat petani di Kampung Piasau berdasarkan lima tahap pertumbuhan dalam teori pembangunan ekonomi oleh W.W. Rostow. Wujud sesebuah anggapan bahawa semakin “moden” sesuatu masyarakat, disebabkan oleh pengaruh teknologi baru, semakin berkurangan nilai tradisional yang dipercayai mereka, iaitu masyarakat menjadi lebih rasional. Di Kampung Piasau, anggapan ini didapati tidak boleh disokong sepenuhnya kerana walaupun banyak amalan pertanian asal yang tidak lagi diamalkan oleh petani, namun masih wujud fahaman yang berbelah bagi di kalangan informan mengenai amalan tradisional dalam aktiviti penanaman padi. Turut dikesan ialah satu perubahan sosial yang menarik, iaitu perkembangan dalam sumber pencapaian status sosial masyarakat. Status yang dicapai berlaku seiring dengan status sosial yang diwarisi. Data telah diperolehi dengan menggunakan pendekatan etnografi terhadap 60 orang informan yang terdiri daripada petani yang mempunyai tanah, sama ada dipinjam atau dimiliki, dan aktif melakukan aktiviti pertanian padi secara sepenuh masa dan separuh masa. Kata-kata kunci: pengaruh teknologi, amalan pertanian, masyarakat petani padi di Kampung Piasau, dan sedikit bantahan terhadap teori pembangunan ekonomi.===About the Authors: Maine Suadik dan Yusten Karulus ialah Kedua-dua Pensyarah di Program Antropologi dan Sosiologi Sosial, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Locked Bag 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel mereka adalah maine@ums.edu.my dan yusten_10@yahoo.com How to cite this article? Suadik, Maine & Yusten Karulus. (2010). “Teknologi, Perubahan Amalan Pertanian, dan Isu Rasionaliti Masyarakat Petani di Sabah, Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.1 [Mei], pp.41-52. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (February 28, 2010); Revised (March 30, 2010); and Published (May 20, 2010).  Â