This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Kiriman Wang, Hubungan Kekeluargaan, dan Masyarakat Cham di Malaysia Awang, Siti Nor
SOSIOHUMANIKA Vol 4, No 2 (2011)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (106.018 KB)

Abstract

ABSTRAK: Data rasmi yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa, seperti IFAD (International Fund for Agricultural Development) menunjukkan bahawa setiap tahun, “remittances” atau kiriman wang yang dilakukan oleh migran kembali ke negara asal mencatat peningkatan yang tinggi, termasuk di rantau Asia Tenggara. Jumlah tersebut tidak termasuk penghantaran yang dilakukan secara tidak formal, seperti apa yang berlaku di kalangan masyarakat Cham di Malaysia dan migran lain yang bekerja di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa bentuk sistem kiriman wang atau “remittances” tidak formal yang dipraktikkan oleh masyarakat Cham di Malaysia memperlihatkan keunikan yang tersendiri. Ianya bersifat tidak formal namun berstruktur, dan menjadi medium penghantaran utama sehingga ke hari ini. Walaupun sistem ini diklasifikasikan sebagai tidak formal, namun disebabkan tahap keberkesanan dan kebolehpercayaan melebihi sistem lain yang sedia ada, maka sistem ini dilihat mampu menyaingi sistem “remittances” moden. Kebolehpercayaan ini juga mempunyai kaitan dengan semangat “ke-Kemboja-an” yang kuat di kalangan masyarakat ini. Menerusi kiriman wang juga memperlihatkan keakraban perhubungan kekeluargaan di antara imigran dan ahli keluarga mereka di negara asal.Kata-kata kunci: Kiriman wang, masyarakat Cham, hubungan kekeluargaan, dan kegiatan ekonomi di Malaysia.About the Author: Siti Nor Awang ialah Pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi sebarang urusan akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: sitinor@um.edu.myHow to cite this article? Awang, Siti Nor. (2011). “Kiriman Wang, Hubungan Kekeluargaan, dan Masyarakat Cham di Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.2 [November], pp.197-210. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 11, 2011); Revised (October 14, 2011); and Published (November 20, 2011).   Â