This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia II Enh, Azlizan Mat; Hamzah, Zubaidah VP
SOSIOHUMANIKA Vol 4, No 1 (2011)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (57.515 KB)

Abstract

ABSTRAK: Perang Dunia II (1939-1945) menyaksikan pembentukan pakatan kuasa antara Amerika Syarikat dan sekutunya dalam menghadapi Nazi, German. Soviet Union merupakan salah satu sekutu yang penting kepada Amerika Syarikat dalam menghadapi tekanan Nazi di bahagian Eropah, khususnya Eropah Timur. Kejayaan pakatan Amerika Syarikat dan sekutunya berjaya mengalahkan Nazi, German, tetapi membawa masalah dalam hubungan Amerika Syarikat – Soviet Union pasca Perang Dunia II. Apatah lagi selepas Perang Dunia II, kedudukan kuasa-kuasa besar lain seperti Britain dan Perancis agak lemah kerana menumpukan kepada kestabilan semula ekonomi dan empayar mereka kesan dari peperangan tersebut. Kelemahan dan kejatuhan dua buah kuasa besar ini membawa kepada kebangkitan kuasa Amerika Syarikat dan Soviet Union dalam menentukan Order Baru dunia pasca perang sehingga mencetuskan krisis dalam hubungan kedua-dua kuasa besar ini. Objektif esei ini adalah untuk menganalisis isu-isu yang telah membawa konflik dalam hubungan Amerika Syarikat – Soviet Union sepanjang era Perang Dingin. Melalui kajian ini didapati bahawa antara isu-isu utama yang menjadi konflik dalam hubungan Washington dan Moscow sepanjang era Perang Dingin antaranya ialah perbezaan ideologi, perlumbaan pembinaan senjata nuklear, persaingan ekonomi, serta krisis di Cuba dan di Afghanistan.Kata-kata kunci: Amerika Syarikat, Soviet Union, Perang Dingin, Liberalisme, Komunisme, dan pembentukan Order Baru dunia.  About the Authors: Dr. Azlizan Mat Enh dan Zubaidah VP Hamzah ialah Pensyarah dalam Program Sejarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor D.E., Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui email: azlizan@ukm.my dan zvph@ukm.myHow to cite this article? Enh, Azlizan Mat & Zubaidah VP Hamzah. (2011). “Persaingan Amerika Syarikat – Soviet Union dalam Pembentukan Order Baru Pasca Perang Dunia II” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.1 [Mei], pp.67-84. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 30, 2011); Revised (April 30, 2011); and Published (May 20, 2011).   Â