This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Penerapan Nilai-nilai Murni Menerusi KOMSAS dalam Sistem Pendidikan Malaysia Peng, Chew Fong
SOSIOHUMANIKA Vol 3, No 1 (2010)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu di Malaysia menekankan pemupukan dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini serta selaras pula dengan nilai-nilai moral sejagat. Kajian ini membataskan perbincangan kepada 16 nilai murni yang terkandung dalam tiga buah skrip drama dalam antologi ”Anak Laut” Tingkatan IV, iaitu “Serunai Malam” karya Usman Awang; “Titik-titik Perjuangan” drama Kala Dewata; dan “Seri Nara” hasil Shaharom Husain mempunyai tema yang sama, yakni semangat patriotisme dan cinta akan tanah air dan bangsa di jiwa rakyat. Kaji selidik dijalankan terhadap 60 orang pelajar aliran sains Tingkatan IV yang seimbang dari segi etnik, jantina dan SES (Status Ekonomi dan Sosial). Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar lelaki Melayu dari kelas atasan memperoleh nilai min yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan bukan Melayu dari kelas menengah atau bawahan. Antara ketiga-tiga faktor tersebut, SES paling kuat mempengaruhi sikap pelajar terhadap nilai murni dalam drama-drama kajian. Oleh itu, nilai murni dalam sastera harus digunapakai secara meluas dalam sistem pendidikan kebangsaan untuk membentuk perasaan toleransi di samping mendekatkan nilai-nilai tersebut dalam kelompok etnik yang berbeza.Kata-kata kunci: nilai-nilai murni, KOMSAS, Bahasa Melayu, perpaduan, berbilang kaum, dan negara Malaysia.    About the Author: Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah pada Jabatan Pendidikan Bahasa dan Literasi, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi keperluan sebarang urusan akademik, alamat emel beliau adalah: fpchew@um.edu.myHow to cite this article? Peng, Chew Fong. (2010). “Penerapan Nilai-nilai Murni Menerusi KOMSAS dalam Sistem Pendidikan Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.1 [Mei], pp.123-142. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (February 17, 2010); Revised (March 22, 2010); and Published (May 20, 2010).   
Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia Peng, Chew Fong; Othman, Abdul Jalil
SOSIOHUMANIKA Vol 1, No 1 (2008)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRACT: Listening, speaking, reading and writing are the four basic competency skills in the teaching and learning process of the Malay Language in schools. However, listening and speaking skills tend to be neglected either in primary or secondary schools, but the situation in secondary schools are more serious. This study is carried out to observe the causes, problems and effects of the negligence of listening and speaking skills among the secondary schools students. Descriptive statistic analysis shows that the native speakers gain a higher score in the two skills compared to non-native speakers. The main cause that teachers neglect these skills is students dislike to give their opinions verbally due to their poor mastery of vocabulary and lack of self-confidence. Teachers are regarded as not spending their time in teaching listening and speaking skills in class and they tend to focus more on reading and writing skills. This problem occurs as a result of the fact that no courses about the two skills were organised by Education Ministry and the examination-oriented system. On students’ view, they are facing the interference of their mother tongue language. Hence forth, the Education Minister, the State Education Department, teachers and students need to pursue high awareness about the importance of mastering the listening and speaking skills because these skills are the most important and they are the basic skills in our daily life.Key words: listening, speaking, reading and writing’s competencies, and the problems and effects of the negligence all of it among the Malaysian’s secondary schools students.  About the Authors: Dr. Chew Fong Peng ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau dilahirkan di Klang, Selangor, Malaysia pada 21hb November 1971. Beliau berkelulusan Ph.D. daripada Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (PPKKM) UKM Bangi pada tahun 2003. Tajuk thesis Ph.D. beliau adalah “Peranan Sastera Kebangsaan dan Persepsi dalam Pembentukan Perpaduan Nasional: Satu Kajian di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”. Beliau boleh dihubungi dengan alamat e-mail: fpchew@um.edu.my Dr. Abdul Jalil Othman ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Dilahirkan di Kedah, Malaysia pada 4hb Mac 1959. Beliau berkelulusan B.Ed.(Hons.) dan M.Ed. daripada UPM (Universiti Putra Malaysia) Serdang, Selangor, pada tahun 1991 dan 1997; dan Ph.D. daripada UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, pada tahun 2007. Tajuk tesis Ph.D. beliau adalah “Perkaitan Semantik dalam Penulisan Bahasa Melayu Pelajar Ijazah Dasar”. Beliau boleh dihubungi dengan alamat e-mail: jalil@um.edu.myHow to cite this article? Peng, Chew Fong & Abdul Jalil Othman. (2008). “Pengabaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bilik Darjah di Sekolah Menengah: Punca, Masalah dan Kesannya di Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.1, No.1 [Mei]. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UPI Bandung, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112, pp.167-192.Chronicle of the article: Accepted (March 15, 2008); Revised (April 18, 2008); and Published (May 20, 2008).