This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Rahman, Mohamad Luthfi Abdul
ASPENSI in Bandung, Indonesia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Mek Mulong: Antara Persembahan dan Ritual Perubatan di Malaysia Rahman, Mohamad Luthfi Abdul
SOSIOHUMANIKA Vol 4, No 1 (2011)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Makalah ini merupakan kajian tentang sebuah warisan persembahan rakyat, iaitu Mek Mulong yang bertapak di negeri Kedah, Malaysia. Kajian ini didasarkan kepada pemerhatian dan kajian khusus terhadap persembahan Mek Mulong yang diadakan di Kampung Baru, Wang Tepus, Jitra, Kedah. Objektif kajian ini adalah untuk mendokumetasikan sepenuhnya warisan persembahan rakyat yang masih wujud di kalangan masyarakat pedalaman dan juga masih aktif dipersembahkan sehingga ke hari ini. Namun, dalam konteks yang lebih mendalam, kajian ini tidak tertumpu sekadar mendeskripsikan sahaja corak persembahan Mek Mulong tetapi ingin melihat perkaitan persembahan ini dengan upacara ritual yang turut termuat di dalam Mek Mulong. Perkara ini disebabkan pengkajian dan penelitian yang dilakukan sebelumnya hanya menumpukan kepada persembahan secara dasar tanpa menelusuri aspek ritual tersebut secara mendalam. Makalah ini memperlihatkan bagaimanakah ritual itu diadakan, fungsinya, pengaruh, dan juga perkaitan ritual tersebut dengan komponen persembahan Mek Mulong peringkat awal. Secara tidak langsung, ia akan menentukan, sama ada ritual tersebut hanya sampingan ataupun pelengkap kepada persembahan rakyat ini secara keseluruhannya. Kajian ini relevan dalam situasi pada hari ini kerana ia membincangkan suatu bentuk kesenian dan warisan unik yang dimiliki oleh masyarakat Melayu di Malaysia.Kata-kata kunci: Mek Mulong, persembahan rakyat, ritual, dokumentasi, kesenian, dan warisan unik masyarakat Melayu.About the Author: Mohamad Luthfi Abdul Rahman, Ph.D. ialah Pensyarah di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau Pinang, Malaysia. Bagi keperluan akademik, alamat emel beliau adalah: luthfi@usm.myHow to cite this article? Rahman, Mohamad Luthfi Abdul. (2011). “Mek Mulong: Antara Persembahan dan Ritual Perubatan di Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.1 [Mei], pp.93-110. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 15, 2011); Revised (April 22, 2011); and Published (May 20, 2011).   Â