ABSTRAK: Penderaan seksual merupakan isu sejagat. Mangsanya adalah kanak-kanak, remaja, individu dewasa, dan tidak mustahil berlaku juga kepada warga tua. Pemangsa atau pendera pula merupakan individu, sama ada yang dikenali mahupun tidak dikenali mangsa. Oleh itu, terdapat tiga tujuan utama kajian ini dilaksanakan. Pertama, untuk mengenal pasti kriteria yang perlu ada bagi pegawai yang mengendalikan kes-kes deraan seksual. Kedua, untuk mengenal pasti punca kepada penderaan seksual. Dan ketiga, bagi mengenal pasti punca kepada kes-kes deraan seksual yang tidak dilaporkan. Seramai 15 orang responden yang terdiri daripada pegawai di jabatan polis, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan NGO (Non Governmental Organization atau Pertubuhan Bukan Kerajaan) terlibat dalam kajian ini. Dapatan diperoleh melalui temu bual separa berstruktur serta dianalisis menggunakan perisian NVivo bagi membentuk tema dan kategori utama. Dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang maklumat bagi memantapkan peranan pihak terlibat secara langsung dalam membantu mangsa dera seksual. Selain itu, punca penyebab kepada kejadian serta punca kes tidak dilaporkan yang diperoleh melalui kajian ini dijangka dapat membantu mengurangkan kes ini berlaku secara berterusan dan berleluasa. Kata-kata kunci: Penderaan seksual, kriteria pegawai, punca penderaan seksual, dan punca kes tidak dilaporkan.About the Author: Dr. Nor Shafrin binti Ahmad ialah Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat emel: sham@usm.myHow to cite this article? Ahmad, Nor Shafrin binti. (2012). âPenderaan Seksual: Keperluan Kriteria Pegawai, Punca Penderaan, dan Kes Tidak Dilaporkanâ in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.81-92. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 22, 2012); Revised (April 24, 2012); and Published (May 20, 2012).  Â