This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Satu Tinjauan terhadap Isu-isu dalam Proses Kebenaran Merancang Kawalan Pembangunan: Kajian Kes pada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah Noor, Harifah Mohd; Michael, Jurry Foo @ Jurry bt F.
SOSIOHUMANIKA Vol 2, No 2 (2009)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Kawalan pembangunan adalah salah satu aspek penting di dalam sistem perancangan kerana fungsinya sebagai mengawal pembangunan dan mengimplementasikan polisi-polisi perancangan daripada peringkat nasional ke peringkat tempatan. Ianya juga melibatkan pertimbangan dan keputusan didalam kawalan pembangunan di peringkat tempatan yang melibatkan organisasi, prosedur dan perlaksanaan. Kertas kerja ini mahukan mendedah dan menganalisis sistem kawalan pembangunan yang diamalkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu khususnya dan di Sabah amnya. Jabatan Perancangan Bandar DBKK, yang juga bertindak sebagai Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan yang dibentuk dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, adalah menyediakan kesemua skim-skim perancangan bagi kawasan dibawah pentadbiran masing-masing dan memproses setiap permohonan pembangunan. Untuk mengenalpasti asas permasalahan yang timbul memerlukan satu pendekatan yang menyeluruh kerana ianya melibatkan pelbagai aspek. Perundangan dan sistem sedia ada cuba dipatuhi namun terdapat beberapa tekanan yang mengganggu perlaksanaannya. Oleh itu yang boleh mengurangkan kepada masalah ini adalah gabungan terhadap perundangan yang komprehensif dan perlaksanaan yang mantap.Kata-kata kunci: proses merancang, kawalan pembangunan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, dan perlaksanaan yang mantap.    About the Authors: Harifah Mohd Noor, M.Sc. dan Jurry Foo @ Jurry bt F. Michael ialah Pensyarah pada Program Geografi, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah). Mereka boleh dihubungi dengan alamat e-mail: harifah@ums.edu.my dan jurryfoo@gmail.comHow to cite this article? Noor, Harifah Mohd & Jurry Foo @ Jurry bt F. Michael. (2009). “Satu Tinjauan terhadap Isu-isu dalam Proses Kebenaran Merancang Kawalan Pembangunan: Kajian Kes pada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.2, No.2 [November], pp.281-296. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 9, 2009); Revised (October 14, 2009); and Published (November 20, 2009).  Â