ABSTRAK: Tiada satu pendekatan pun yang boleh dikatakan sebagai pendekatan yang terbaik dan mesti digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kertas kerja ini cuba mengutarakan beberapa aspek yang ada dalam pendekatan pembelajaran kontekstual dan bersama-sama menelitinya, sama ada elemen-elemen yang mendokongnya itu sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu atau tidak. Oleh itu, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengertian, rasional, bentuk, strategi, dan beberapa perkara yang berkisar tentang pendekatan pembelajaran kontekstual, termasuklah membandingkan pendekatan pembelajaran kontekstual dengan pendekatan pembelajaran tradisional, dan akhirnya ialah matlamat pendekatan pembelajaran kontekstual. Pendekatan pembelajaran kontekstual yang berkesan memerlukan kesepakatan murid dan guru, kerjasama semua pihak, dan interaksi antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi, dan masa. Malah, pembelajaran yang efektif juga memerlukan penglibatan masyarakat dan industri. Mereka perlu bekerjasama bagi merancang strategi yang dapat menjayakan wawasan sekolah. Dengan itu, semua pihak sebagaimana yang tersebut, iaitu sekolah, industri, masyarakat perlu positif dan bersedia menerima perubahan jika mahu akan kejayaan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Namun begitu, hakikat bahawa pendekatan pembelajaran kontekstual ini ada kekuatan dan kelemahannya, jika diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tidaklah dinafikan.KATA KUNCI: Pendekatan pembelajaran, pemerkasaan Bahasa Melayu, dan pembelajaran secara kontekstual dan tradisional. ===Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir ialah Pensyarah pada Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Alamat emel: nhbupsi@yahoo.comHow to cite this article? Nik Ab Kadir, Nik Hassan Basri. (2011). âPemerkasaan Bahasa Melayu Melalui Penerapan Pendekatan Pembelajaran Kontekstual: Satu Anjakan Teori dan Amalanâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(1) Juni, pp.141-152. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.Chronicle of the article: Accepted (April 20, 2011); Revised (May 11, 2011); and Published (June 5, 2011).