This Author published in this journals
All Journal SOSIOHUMANIKA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah Pemantapan Perpaduan sebuah Negara-Bangsa Khairi, Aizat bin
SOSIOHUMANIKA Vol 4, No 1 (2011)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Konsep “1Malaysia” merupakan suatu konsep yang lahir dari cetusan pemikiran Perdana Menteri Malaysia yang keenam, iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Motonya yang bertajuk “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” merupakan usaha sebagai sebuah negara-bangsa untuk menyatukan hubungan antara kaum di Malaysia agar sebarang persengketaan kaum boleh dielakkan dan boleh hidup dalam keadaan aman damai serta rakyat bersama-sama kerajaan boleh berganding bahu untuk memajukan negara. Oleh itu, penulisan ini bertujuan untuk membincangkan nilai-nilai murni serta mengenalpasti cabaran-cabaran dalam pelaksanaannya dalam usaha untuk memperkasakan perdamaian di Malaysia. Antaranya cara untuk menyemai dan menerapkan nilai-nilai murni yang ada dalam konsep ini terhadap seluruh rakyat Malaysia serta strategi yang perlu ada dalam usaha untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia terhadap konsep “1Malaysia”. Ianya juga diharap dapat membantu mencapai matlamat kerajaan untuk melihat rakyat yang bersatu padu akan tercapai, sekaligus membantu membangunkan negara dalam mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju di dunia.Kata-kata kunci: Konsep 1Malaysia, pembinaan negara-bangsa, nilai-nilai murni, cabaran pelaksanaanya, serta Wawasan 2020.About the Author: Aizat bin Khairi ialah Calon Sarjana Sains Politik USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau Penang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat emel: pengembara_jalanan@yahoo.comHow to cite this article? Khairi, Aizat bin. (2011). “Konsep 1Malaysia dan Cabaran Pelaksanaannya ke Arah Pemantapan Perpaduan sebuah Negara-Bangsa” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.1 [Mei], pp.129-140. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 7, 2011); Revised (April 19, 2011); and Published (May 20, 2011).   Â