This Author published in this journals
All Journal ATIKAN
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Arif Budiman dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Singapura: Merungkai Konsep dan Pengertian Sosialnya Alwee, Azhar Ibrahim
ATIKAN Vol 1, No 2 (2011)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (178.276 KB)

Abstract

ABSTRAK: “Arif Budiman” adalah konsep yang berkenaan dengan menyemai dan membangun manusia Melayu Baru, menerusi pendidikan, yang memiliki ciri-ciri progresif sesuai dengan keperluaan masyarakat Melayu Singapura. Sebagai suatu gagasan idealisme, Arif Budiman adalah gabungan dua perkataan yang sememangnya sarat dengan makna dan tuntutan. “Arif” membawa erti sifat, sikap, dan ciri yang berhemah, didukungi oleh pemikiran yang berhikmah, teguh akalnya, ada kesantunan waktu berhujah, cerdas dan bijaksana, serta berimbang jalan pemikiran pada diri seseorang itu. Manakala “Budiman” adalah sifat seorang yang teguh akal budinya, berilmu pada kadar dan keperluan hidupnya, sensitif dan prihatin akan linkungannya, serta sedia berjasa dan berbakti pada masyarakat di sekelilingnya. Kertas kerja ini cuba menghuraikan dan mengenalpasti takrifan dan ciri-ciri umum daripada manusia Arif Budiman, dengan pelbagai peluang dan cabarannya dalam konteks pembangunan manusia Melayu Baru. Sepuluh garis besar yang mencirikan manusia Arif Budiman ini mungkin bersifat umum, tetapi ianya dirasakan boleh diterjemah dalam bentuk yang lebih konkrit; dan proporsi ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang tetap serta kepentingannya boleh diukurkan berdasarkan hierarki penilaian yang kita buat berikutnya. Sememangnya, kesedaran merancang dan membina manusia baru menerusi Arif Budiman adalah wajar, sudah sampai waktu, tanpa harus kita berlengah lagi. Hanya dengan kesedaran yang jitu ini dapat kita bangunkan dalam diri manusia Arif Budiman, insan yang memiliki idea kecemerlangan yang utuh, padu, dan konsisten.KATA KUNCI: Konsep Arif Budiman, takrifan dan ciri-ciri umum, implikasi bagi pendidikan, serta manusia Melayu Baru.===About the Author: Azhar Ibrahim Alwee, Ph.D. ialah Pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan NUS (National University of Singapore). Alamat emel beliau adalah: mlsai@nus.edu.sgHow to cite this article? Alwee, Azhar Ibrahim. (2011). “Arif Budiman dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Singapura: Merungkai Konsep dan Pengertian Sosialnya” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.187-200. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.Chronicle of the article: Accepted (October 15, 2011); Revised (November 16, 2011); and Published (December 15, 2011).