This Author published in this journals
All Journal SUSURGALUR
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Sejarah Sosio-Budaya Kraftangan di Brunei Darussalam: Barangan Logam dan Kain Tenunan Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi
SUSURGALUR Vol 2, No 1 (2014)
Publisher : SUSURGALUR

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

IKHTISAR: Dari catatan sejarah menunjukkan bahawa Negara Brunei Darussalam kaya dengan warisan khazanah budaya material. Budaya material ini adalah merupakan hasil pertukangan tangan, atau kraftangan, yang dicipta untuk memenuhi keperluan masyarakat yang selalunya mempunyai kepentingan bersesuaian dengan perubahan dan perkembangan semasa. Budaya material mempunyai peranan yang wajar dan realistik dalam kehidupan, sama ada di rumah atau pada peringkat komuniti. Kraftangan ialah suatu peninggalan yang diwariskan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Penghasilan kraftangan ini juga adalah sumber ekonomi yang dapat membantu memperbaiki status ekonomi pengeluar. Di samping itu, hasil kraftangan ini juga mempunyai kepentingan simbolik, seperti memberikan perlambangan identiti budaya dan bangsa. Kertas kerja ini akan membincangkan beberapa jenis kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat Brunei dan kepentingannya dalam masyarakat Brunei. Di samping itu akan dilihat juga peranan masyarakat dan pihak kerajaan dalam memastikan kesinambungan pengeluaran dan penggunaan budaya material ini sebagai suatu langkah yang penting dalam usaha untuk mempertahankan warisan budaya atau identiti ke-Brunei-an.KATA KUNCI: Budaya material, kraftangan, logam, kain tenunan, sumber ekonomi, jatidiri dan identiti bangsa, serta masyarakat Brunei.ABSTRACT: This paper entitled “Socio-Cultural History of Handicrafts in Brunei Darussalam: Metal and Fabric Weave”. The historical record shows that Brunei Darussalam is rich in heritage of material cultural. This material culture is the result of crafts that are created to meet the needs of the community which often have an interest in accordance with the changes and developments. Material culture had a reasonable and realistic in life, whether at home or at the community level. Handicraft is a legacy passed down from one generation to another generation. Handicraft production is also of economic resources that can help improve the economic status of the manufacturer. In addition, handicrafts also have symbolic significance, such as providing representation and cultural identity of the nation. This paper will discuss several kinds of handicrafts produced by the Brunei and its interest in the Brunei community. In addition will be seen the role of society and the government to ensure the continuity of production and consumption of material culture as an important step in the effort to defend the cultural heritage or identity of the Bruneian.KEY WORD: Material culture, handicrafts, metal, cloth weaving, economic resources, self-esteem and national identity, and community of Brunei.About the Author: Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, Ph.D. ialah Pensyarah di Akademi Pengajian Brunei UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: norkhalbi.wahsalfelah@ubd.edu.bnHow to cite this article? Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2014). “Sejarah Sosio-Budaya Kraftangan di Brunei Darussalam: Barangan Logam dan Kain Tenunan” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.2(1), Maret, pp.29-40. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808, ISSN 2302-5808. Chronicle of the article: Accepted (January 28, 2014); Revised (February 28, 2014); and Published (Maret 24, 2014).
Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi
SUSURGALUR Vol 3, No 2 (2015)
Publisher : SUSURGALUR

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

IKHTISAR: Bertenun kain merupakan salah satu kemahiran yang terawal dimiliki oleh manusia. Dalam pada itu, interaksi budaya yang berlaku melalui hubungan politik dan perdagangan di antara negara-negara luar dan Brunei telah menyumbang kepada kewujudan dan penyebaran tradisi seni tenun dalam tamadun Brunei. Bertenun kain, dengan demikian, merupakan salah satu kemahiran yang dimiliki oleh kaum wanita puak Brunei. Melalui catatan pengkaji-pengkaji tempatan menjelaskan bahawa sejarah awal tradisi bertenun kain di Brunei dipercayai dibawa oleh Raja Majapahit dari Jawa, Indonesia, yang pada suatu ketika pernah menaungi Brunei. Selain itu, interaksi luar dengan Brunei melalui penghijrahan, hubungan politik, dan perdagangan juga dilihat mempunyai pengaruh dalam tradisi kain tenunan, yang tidak terhad pada kemahiran bertenun tetapi juga dari segi motif, reka bentuk, warna, dan bahan mentah. Bagi menghasilkan kain tenunan, dengan demikian, Brunei masih bergantung kepada negara-negara luar untuk membekalkan bahan-bahan mentah. Kertas kerja ini akan membincangkan pengaruh-pengaruh luar terhadap sejarah kewujudan dan kesinambungan tradisi kain tenunan di Brunei Darussalam. Kertas kerja ini juga akan menyentuh tentang pengaruh Kesultanan Melayu Brunei terhadap penyebaran pengeluaran dan penggunaan kain tenunan pada peringkat serantau, sama ada di pulau Kalimantan dan Sumatera mahupun di Semenanjung Malaysia dan negara Asia Tenggara lainnya.KATA KUNCI: Interaksi Budaya; Hubungan Politik dan Perdagangan; Penyebaran Tradisi; Bertenun Kain; Bangsa Brunei. ABSTRACT: “Dissemination of Brunei Weaving Traditions”. Cloth weaving is one of the earliest skills possessed by human beings. In the meanwhile, the interaction of the prevailing culture through political and trade relations between foreign countries and Brunei have contributed to the emergence and dissemination of weaving traditions in Brunei civilization. Cloth weaving is one of the skills possessed by Brunei Malay women. Local researchers accounted that, historically, weaving tradition was believed to be influence brought by the Majapahit Empire of Java, Indonesia, which at one point had protected Brunei. In addition, external interaction with Brunei through migration, trade, and political relations are also seen to have influenced the weaving traditions that is not limited to textile weaving skills, but also in terms of motifs, designs, colours as well as raw materials. In order to produce woven textiles, Brunei Darussalam is still dependent on foreign countries to supply raw materials. This paper will discuss the influence of external influences on the history and the continuity of weaving traditions in Brunei Darussalam. This paper will also touch on the influence of the Malay Sultanate of Brunei on the dissemination of production and the use of cloth at the regional level, such as in Borneo and Sumatera islands as well as Malaysia and other Southeast Asian countries.KEY WORD: Cultural Interaction; Trade and Political Relations; Dissemination of Traditions; Cloth Weaving; Brunei People.About the Author: Dr. Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah ialah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Brunei UBD (Universiti Brunei Darussalam), Jalan Tunku Link, BE 1410, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: norkhalbi.wahsalfelah@ubd.edu.bnHow to cite this article? Haji Wahsalfelah, Siti Norkhalbi. (2015). “Penyebaran Tradisi Kain Tenunan Brunei” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.3(2), September, pp.191-204. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.Chronicle of the article: Accepted (August 3, 2015); Revised (August 24, 2015); and Published (September 30, 2015).