RINGKASAN: Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia, malahan sebagai bahasa pengantar utama bagi masyarakat di negara ini. Walaupun begitu, Bahasa Melayu berstatus bahasa asing bagi golongan penutur bukan warganegara. Perkara yang dimaksudkan adalah Bahasa Melayu sebagai bahasa asing bagi individu luar negara, khususnya di luar kawasan Asia Tenggara, yang datang belajar atau bekerja dan menetap di Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam bidang pengajaran dan pembelajaran timbul beberapa masalah, seperti sebutan, tata-bahasa, dan sintaksis semasa mempelajari sesuatu bahasa. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis dan membincangkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar antarabangsa yang tengah belajar di UMS (Universiti Malaysia Sabah) di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Walau bagaimanapun, analisis hanya akan tertumpu kepada kesilapan sebutan. Kesilapan jenis lain tidak akan dibincangkan. Kajian ini menganalisis sebutan 39 orang pelajar antarabangsa dari negara China. Sebutan ini diambil daripada ujian membaca yang mereka jalani dalam kursus Bahasa Melayu Asas Tahap II, yang ditawarkan oleh PPIB (Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa) di UMS Kota Kinabalu, Sabah Malaysia. Kesimpulan yang dapat dibuat melalui kajian ini adalah terdapat banyak kesilapan sebutan yang berlaku dalam kalangan pelajar China. Kebanyakan kesilapan ini berlaku apabila mereka membaca perkataan Bahasa Melayu dengan sebutan Bahasa Inggeris dalam pembentangan mereka. KATA KUNCI: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asing; Pelajar Antarabangsa China; Sebutan; Pengajaran Bahasa Asing; Kemahiran Bertutur. ABSTRACT: âMalay Language as a Foreign Language: Case Study on Chinese Students in Malaysia University of Sabahâ. In Malaysia, Malay language is the national language, and it is used as the intermediate language among the citizens. However, this language is considered as a foreign language for non-citizens. It means that Malay language is a foreign language for overseas individuals, especially from outside of Southeast Asia, who came for educational, work, and stay permanently purposes in Malaysia. It is undeniable that there will be difficulties in terms of pronunciation, grammar, and syntax of the language during the teaching and learning of the intended language. Thus, this study aims to analyse and to discuss the errors made by foreign students who study in UMS (Malaysia University of Sabah) in Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. However, this analysis will only be focusing on mispronunciation of the students. Other errors will not be discussed. This study analysed 39 foreign students from China. These pronunciations are taken from their reading test in Malay Language Level II course, that be offered by PPIB (Center for the Promotion of Knowledge and Language Learning) at UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. This study found that these foreign students made numerous pronunciation errors. Most of these errors occurred when they read Malay language words with the pronunciation of English language during their presentations. KEY WORD: Malay Language as a Foreign Language; Chinese Foreign Students; Pronunciation; Teaching of Foreign Language; Speaking Skills.About the Author: Alice Alim ialah Pensyarah di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa UMS (Universiti Malaysia Sabah), Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: ecile@ums.edu.myHow to cite this article? Alim, Alice. (2015). âBahasa Melayu sebagai Bahasa Asing: Kajian Kes Pelajar China di Universiti Malaysia Sabahâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.5(2) December, pp.157-168. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (November 25, 2015); Revised (December 15, 2015); and Published (December 30, 2015).