Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Amalan Pembelajaran Kolektif dalam Kalangan Guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia Ishak, Rosnah binti; Ghani, Muhammad Faizal A
ATIKAN Vol 3, No 1 (2013)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (117.285 KB)

Abstract

IKHTISAR: Sekolah adalah tempat untuk belajar. Pembelajaran di sekolah selalu difokuskan kepada murid. Pembelajaran guru jarang diberi tumpuan, menyebabkan ilmu guru menjadi jumud. Guru yang sentiasa menambah ilmu dengan pembelajaran kendiri dan kemudian berkongsi ilmu dengan rakan sejawatan akan menghasilkan pembelajaran kolektif. Usaha ini akan dapat meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kertas ini membincangkan tentang amalan pembelajaran kolektif dalam kalangan guru di sekolah dalam rangka membina sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Konsep tersebut memerlukan semua warga sekolah belajar secara berterusan dan meningkatkan pengetahuan mereka secara formal atau tidak formal. Kajian dijalankan secara tinjauan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada 321 orang guru di 14 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pembelajaran kolektif guru dipraktikkan pada tahap tinggi oleh semua guru SBT (skor min antara 4.06 hingga 4.65). Implikasi kajian ini mencadangkan agar pembelajaran secara kolektif diaplikasikan sebagai penyelesaian kepada banyak masalah guru.KATA KUNCI: Pembelajaran kolektif, pembelajaran guru, organisasi pembelajaran, dan amalan pembelajaran kolektif guru.ABSTRACT: This paper entitled “Collective Learning Practices among Teachers in High Performance School in Malaysia”. School is a place to learn. In schools, the focus of learning is the students. Teachers’ learning was not given priority, causing their knowledge become irrelevant. Teachers are constantly adding knowledge with self-learning and then share their knowledge with colleagues will produce collective learning. This effort will further enhance the effectiveness of teaching and learning.This paper discusses about teachers’ collective learning practices in order to develop school as learning organization. According to the concept, teachers must learn continuously, formally or informally, to increase their knowledge. The survey research was conducted using questionnaires. Three hundred and twenty-one teachers in fourteen High Performance School in Malaysia involved in this study. The results showed that collective learning was practiced at high level by the teachers (the mean score is between 4.06 to 4.65). The implication of study has recommended that collective learning should be practiced as solutions for more teachers’ problems.KEY WORD: Collective learning, teachers’ learning, learning organization, and teachers’ collective learning practices.  About the Authors: Rosnah binti Ishak ialah Pelajar Ijazah Doktor Falsafah di Jabatan Pengurusan, Perancangan, dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia; dan Dr. Muhammad Faizal A. Ghani ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengurusan, Perancangan, dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui alamat e-mail: rosnery.rosnah@gmail.com dan mdfaizal@um.edu.my  How to cite this article? Ishak, Rosnah binti & Muhammad Faizal A. Ghani. (2013). “Amalan Pembelajaran Kolektif dalam Kalangan Guru Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(1) Juni, pp.27-34. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (April 17, 2013); Revised (May 27, 2013); and Published (June 15, 2013).
Penglibatan Remaja dalam Pekerjaan Ishak, Rosnah binti
SIPATAHOENAN Vol 1, No 2 (2015)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (391.06 KB)

Abstract

INTISARI: Sektor pekerjaan di Malaysia berkembang dengan sangat pesat. Perkembangan ini menarik minat banyak pihak untuk turut terlibat dalam kerancakan perkembangan ekonomi tersebut, termasuklah golongan remaja. Penglibatan remaja sebagai tenaga kerja selalu diambil tidak endah oleh sebahagian besar masyarakat, kerana mereka dianggap bekerja secara sambilan sahaja. Remaja dianggap sebagai golongan yang tidak serius dalam pekerjaan dan mudah bertukar pekerjaan. Oleh kerana remaja adalah golongan dalam peringkat umur yang selalu dinisbahkan dengan pelbagai masalah, persepsi negatif tersebut juga turut dilemparkan kepada remaja yang bekerja. Justeru, remaja bekerja juga dianggap sebagai remaja bermasalah. Mereka dilabel sebagai remaja yang kurang pendidikan, malas belajar, dan tiada daya usaha untuk memajukan diri dengan pendidikan. Sangat kurang kajian yang dapat menerobos dan memperincikan kenapa remaja memilih untuk bekerja. Masyarakat umumnya beranggapan, remaja yang terlibat sebagai tenaga kerja atau melibatkan diri dalam sektor pekerjaan sangat kecil bilangannya. Namun, statistik dalam Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh 2013, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, menunjukan bahawa seramai hampir dua juta tenaga kerja warganegara Malaysia berumur antara 15-24 tahun. Ini bermakna bahawa lebih daripada enambelas peratus (16.8%) tenaga kerja Malaysia adalah dalam kategori umur remaja, yang terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan. Angka ini bukan kecil. Justeru, artikel ini membincangkan dan mengupas senario tersebut serta implikasinya berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan, iaitu Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh Malaysia 2013.KATA KUNCI: Remaja; Pekerjaan; Remaja Bekerja; Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh; Jabatan Perangkaan Malaysia. ABSTRACT: “Teenagers Involvement in the Workforce”. Job sectors in Malaysia have developed rapidly. It is of interest to many parties to participate in the economic development boom, including the teenagers. The involvement of teenagers as the workforce is not always taken serious by most of the community, because they are considered as part-time workers. Teenagers are portrayed as those who are not serious about the job and easily change the jobs. Due to the teenagers is the age group that is always attributed to a variety of problems, so the negative perceptions were also thrown at working teenagers. Accordingly, working teenagers are also regarded as troubled teens. They are labelled as uneducated, lazy learners, and have no effort to advance theirs through education. Not many studies done to find out and analyze why adolescents choose to work. Many of us generally think that the teenagers involved as employees or engaged in the employment sector were very small. However, statistics of Labour Force Survey Report 2013 released by the Department of Statistics showed that a total of nearly two million workforce aged between 15-24 years. This means that more than sixteen percents (16.8%) of Malaysia’s workforce is in the age category of teenagers involved in various employment sectors. This figure is not small in number. Therefore, this article discusses and analyzes these scenario based on data in Labour Force Survey Report 2013 released by the Department of Statistics in Malaysia.KEY WORD: Adolescent; Employment; Working Teenagers; Labour Force Survey Report; Department of Malaysia’ Statistics.About the Author: Dr. Rosnah binti Ishak ialah Pensyarah Kanan Hubungan Industri di Fakulti Kemanusiaan, Seni, dan Warisan UMS (Universiti Malaysia Sabah), Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus di: rosnery.rosnah@gmail.com dan drrosnah@ums.edu.myHow to cite this article? Ishak, Rosnah binti. (2015). “Penglibatan Remaja dalam Pekerjaan” in SIPATAHOENAN: South-East Asian Journal for Youth, Sports & Health Education, Vol.1(2) October, pp.219-228. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, APAKSI Bandung, and KEMENPORA RI Jakarta, ISSN 2407-7348.Chronicle of the article: Accepted (June 25, 2015); Revised (August 17, 2015); and Published (October 28, 2015).