This Author published in this journals
All Journal INSANCITA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search
Journal : INSANCITA

Teknik Memegang dan Menggerakan Pensil Khat Menggunakan Kaedah Carta Pai dalam Kalangan Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Rendah Mat, Muhamad Zahiri Awang; Husin, Abdul Jalil
INSANCITA Vol 1, No 2 (2016)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (288.898 KB)

Abstract

ABSTRAKSI: Seni khat merupakan salah satu khazanah Islam yang amat berharga dan mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat Islam. Oleh itu, seni yang mengagungkan agama Islam ini harus diteruskan dan dituntut, serta tidak boleh dipersia-siakan. Objektif kajian ini ialah untuk menjelaskan cara memegang dan menggerakan pensil khat dengan menggunakan teknik “carta pai”, dengan dan kesannya terhadap penulisan khat yang betul. Pengkaji menggunakan kaedah latih tubi secara berulang kepada enam orang murid, melalui pemerhatian, dalam mengaplikasikan teknik “carta pai” semasa proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat Sekolah Rendah di Malaysia. Dapatan kajian menunjukan bahawa dua orang murid boleh menguasai empat teknik yang dipelajari dengan baik, tetapi belum mahir dalam teknik menggerakan pensil khat melengkung dari arah atas ke bawah dan dari bawah ke atas. Manakala, seorang murid menguasai tiga teknik asas dan memerlukan penambahbaikan dalam teknik membuat garisan mendatar dan melengkung sisi. Seterusnya, tiga orang murid menunjukan prestasi yang baik, iaitu dapat menguasai ke semua teknik yang diajar secara ansur maju dan latih tubi berdasarkan kaedah “carta pai” yang diperkenalkan. Bagi menghasilkan tulisan khat yang betul, pengkaji menyarankan bahawa guru mesti memastikan murid dapat menguasai 5 teknik yang dicadangkan, dan dipantau setiap kali latih tubi dilakukan, agar murid menjadi kebiasaan dalam menulis seni khat.KATA KUNCI: Seni Khat; Pendidikan Islam; Teknik Pembelajaran; Murid Tahun 6 Sekolah Rendah; Kaedah Latih Tubi. ABSTRACT: “The Technique of Holding and Moving the Calligraphy Pencil Using the Method of Pie Chart by Pupils in Grade Six Year Primary School”. The art of calligraphy is one of the most precious treasures of Islam and has a special position in the Muslim community. Thus, art that glorify the Islamic religion should be pursued and prosecuted, and not be wasted. The objective of this study is to explain how to hold and move the calligraphy pencil by using “pie chart”, with and its impact on the right in handwriting. The method of repetitive drills to six pupils, through observations in applying the technique of “pie chart” during the process of teaching and learning in Primary School in Malaysia. The findings showed that two students can master the four techniques learned well, but not well versed in the technique of moving the calligraphy pencil for curve from the top down and from the bottom up. Meanwhile, a student mastered the three basic techniques and requires improvements in techniques to create horizontal lines and curved sides. Next, three pupils showed a good performance, which is able to master all the techniques that are taught through progression and drills based on a “pie chart” is introduced. To produce calligraphy that is correct, the researchers suggest that the teacher must ensure that students can master the 5 proposed techniques, and monitored each time the drill is done, so that the student becomes a habit in writing the calligraphy.KEY WORD: The Art of Calligraphy; Islamic Studies; Learning Techniques; Pupils in Year 6 Primary School; Method of Drills.About the Authors: Muhamad Zahiri Awang Mat dan Abdul Jalil Husin ialah Pensyarah Kanan di Kulliyah of Education IIUM (International Islamic University of Malaysia), Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: zahiri@iium.edu.myHow to cite this article? Mat, Muhamad Zahiri Awang & Abdul Jalil Husin. (2016). “Teknik Memegang dan Menggerakan Pensil Khat Menggunakan Kaedah Carta Pai dalam Kalangan Murid-murid Tahun Enam di Sekolah Rendah” in INSANCITA: Journal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, Vol.1(2), August, pp.199-206. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, ISSN 2443-1776. Chronicle of the article: Accepted (March 30, 2016); Revised (June 1, 2016); and Published (August 30, 2016).