ABSTRAKSI: Ibadah dalam Islam mempunyai impak atau kesan yang mendalam dalam kehidupam Muslim, terutama dalam konteks hubungan makhluk dan Penciptanya. Dalam erti kata bahawa ibadah sholat, puasa, zakat, haji, serta ibadah lain lagi, yang dilakukan manusia, adalah untuk mendapat keredaan Allah SWT (Subhanahu Wa-Taâala). Dalam pada itu, penekanan bacaan dalam sholat sangat penting untuk membentuk insan yang soleh dan mampu memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT. Sholat merupakan tiang agama dan sholat yang sempurna, iaitu merangkumi bacaan yang lancar dan sempurna, akan melahirkan generasi Islam yang lebih berkualiti. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengukuhkan tahap pembacaan dan hafazan âtahiyyatâ dalam sohlat dengan baik dan lancar melalui kaedah ânasyidâ. Kajian ini menggunakan kaedah latih-tubi melalui bacaan âtahiyyatâ responden dan ujian pos, iaitu selepas kaedah ânasyidâ diperkenalkan. Seramai 27 orang responden Tahun 2 Sekolah Rendah telah dipilih sebagai subjek dalam kajian ini. Hasil daripada pemerhatian selepas kaedah ânasyidâ diperkenalkan, terdapat peningkatan yang ketara terhadap penguasaan responden, iaitu sebanyak 52% telah berjaya membaca dan menghafaz âtahiyyatâ dengan baik dan lancar. Keputusan ujian juga menunjukan bahawa kaedah ânasyidâ mampu membantu responden untuk membaca serta menghafaz bacaan âtahiyyatâ dalam sholat dengan baik dan lancar.KATA KUNCI: Pengajaran, kaedah nasyid, sholat, bacaan tahiyyat, kaedah pengajaran, latih-tubi, pelajar Sekolah Rendah, menghafaz bacaan, dan generasi belia Islam yang berkualiti.ABSTRACT: âAction Research in Improving the Tahiyyat Reading among Primary Schools Pupils Using Nasyid Methodâ. Worship in Islam has had a profound impact or effect of living in the Muslim, particularly in the context of relationship between the creature and his Creator. In the sense that praying, fasting, charity, pilgrimage, and other religious again, which humans do, is to get the blessing of Allah. Meanwhile, the emphasis of reading in prayer is essential to establish a righteous man and able to take responsibility as a Caliph of Allah. Prayer is the pillar of religion and perfect prayer, which includes reading smoothly, will create a generation of better quality. This study is aimed at strengthening the level of reading and memorizing âtahiyyatâ in prayer smoothly through the ânasyidâ method. This study using drill method towards respondents and posttest after ânasyidâ methods introduced. A total of 27 respondents, pupils year 2 at Primary School have been chosen as the subjects in this study. The results of the observations indicated that after ânasyidâ method was introduced, there was a significant increment towards respondents result, namely: 52% were successfully read and memorize âtahhiyatâ well and smoothly. The test results also show that ânasyidâ method is capable to help respondent in improving âtahiyyatâ proficiency.KEY WORD: Teaching, ânasyidâ method, prayers, âtahhiyatâ reading, teaching method, drill method, pupils of Primary School, memorize the reading, and quality Islamic young generation.    About the Authors: Muhamad Zahiri Awang Mat ialah Pensyarah di Kulliyah of Education IIUM (International Islamic University of Malaysia), Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia. Noraini Abd Rahman dan Safira Awang ialah Pelajar di Kulliyah of Education IIUM, Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus di: zahiri@iium.edu.my dan salwa.sawari@gmail.comHow to cite this article? Awang Mat, Muhamad Zahiri, Noraini Abd Rahman & Safira Awang. (2016). âKajian Tindakan Kaedah Nasyid dalam Membaiki Bacaan Tahiyyat dalam Kalangan Murid-murid Sekolah Rendahâ in INSANCITA: Journal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, Vol.1(1), February, pp.29-36. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, ISSN 2443-1776. Chronicle of the article: Accepted (September 17, 2015); Revised (November 17, 2015); and Published (February 5, 2016).