This Author published in this journals
All Journal INSANCITA
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Pemikiran Ibn Khaldun sebagai Sejarawan Islam Agung dan Relevansinya dengan Historiografi Kontemporer Mail, Haji Awang Asbol bin Haji; Suwirta, Andi
INSANCITA Vol 3, No 1 (2018)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAKSI: Makalah ini, dengan mengguna-pakai kaedah kualitatif dan pendekatan sejarah, mencuba membicarakan tentang pemikiran historiografi atau pensejarahan Ibn Khaldun. Idea pensejarahan beliau yang didasari dengan penekanan perlunya ahli sejarah bersifat analitikal dan kritis, baik terhadap kandungan penulisan sejarah mahupun sumber sejarah. Sejarah yang lari daripada unsur-unsur kritis dianggap sebagai pensejarahan deskriptif, kerana sejarah kritis mempunyai ciri-ciri mencari kebenaran dengan membahas sebab dan musabab sesuatu peristiwa itu berlaku. Sejarawan juga perlu mengutamakan penulisan yang tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak, supaya penulisan sejarahnya lebih jujur dan mengarah ke arah kebenaran. Menurut Ibn Khaldun (1993) lagi pemahaman ke atas sejarah itu penting agar masyarakat manusia boleh mengambil iktibar dan dapat menghindarkan daripada melakukan kesilapan. Beliau berpendapat bahawa ruang lingkup pengajian sejarah bukan hanya menumpukan kepada golongan berpengaruh dan peristiwa-peristiwa besar sahaja, tetapi juga perlu melibatkan golongan bawahan. Dengan demikian, aliran pemikiran pensejarahan Ibn Khaldun, yang lahir pada abad ke-14 Masihi, telah diguna-pakai dan diakui oleh para sejarawan kontemporari. Bagaimanapun, kertas ini hanya menumpukan perbincangan kepada pensejarahan analitikal dan kritis dengan melihat contoh pentafsiran ke atas kandungan munasabah penulisan sejarah dan sumber sejarah, samada dalam pensejarahan moden di Barat mahupun di alam Melayu.KATA KUNCI: Historiografi; Ibn Khaldun; Sejarah Analitikal dan Kritis; Ruang Lingkup Sejarah; Sumber Sejarah. ABSTRACT: “Ibn Khalduns Thoughts as Great Islamic Historian and its Relevance with Contemporary Historiography”. This paper, by adopting qualitative methods and historical approaches, tries to discuss about Ibn Khalduns historiography. His idea of historiography based on the emphasis on the necessity of historians is analytical and critical, both against historical writing and historical sources. The history that escapes critical elements is considered a descriptive hierarchy, as critical history has the character of seeking truth by discussing the causes and affects of such events. The historian should also prioritize the writing of impartiality to any party, so that the writing of history is more honest and leads to the truth. According to Ibn Khaldun (1993), understanding of history is important, so that human beings can learn and avoid mistakes. He thinks that the scope of history studies not only focuses on influential groups and major events, but also involves subordinates. Thus, the flow of thought of Ibn Khaldun, born in the 14th century, has been adopted and recognized by contemporary historians. However, this paper focuses only on analytical and critical historiography by looking at an example of the interpretation of the reasonable content of historical writing and historical sources, whether in modern historiography in the West or in the Malay world.KEY WORD: Historiography; Ibn Khaldun; Analytical and Critical History; History Scope; History Resources.  About the Authors: Prof. Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail ialah Pensyarah Kanan di Pengajian Sejarah dan Antarabangsa FASS UBD (Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam) di Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Andi Suwirta, M.Hum. adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Sejarah UPI (Universiti Pendidikan Indonesia) di Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Alamat emel penulis: asbol.mail@ubd.edu.bn dan suciandi@upi.eduSuggested Citation: Mail, Haji Awang Asbol bin Haji & Andi Suwirta. (2018). “Pemikiran Ibn Khaldun sebagai Sejarawan Islam Agung dan Relevansinya dengan Historiografi Kontemporer” in INSANCITA: Journal of Islamic Studies in Indonesia and Southeast Asia, Volume 3(1), February, pp.29-50. Bandung, Indonesia and BS Begawan, Brunei Darussalam: Minda Masagi Press owned by ASPENSI and BRIMAN Institute, ISSN 2443-1776.Article Timeline: Accepted (January 5, 2018); Revised (February 2, 2018); and Published (February 28, 2018).Â