Yasin, Zaliza Md
Unknown Affiliation

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Kepimpinan Ketua Panitia Sekolah Rendah: Satu Tinjauan Elemen Kepimpinan Yasin, Zaliza Md; A Ghani, Muhammad Faizal; Radzi, Norfariza Mohd
Proceedings Series of Educational Studies 2024: Proceedings of the International Seminar Universitas Negeri Malang Indonesia – Universiti Mala
Publisher : Universitas Negeri Malang

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Ketua Panitia (KP) di sekolah rendah (SR) memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kepimpinan sekolah dan para guru. Kecekapan KP dalam menyokong visi dan misi sekolah adalah penting. Namun, kajian tentang kepimpinan KP masih terhad. Kertas ini bertujuan untuk mengupas kepimpinan KP dengan merujuk kepada model kepimpinan KP yang dikemukakan oleh Harris et al. (2001). Tujuh elemen kepimpinan KP yang berkesan seperti yang digariskan oleh Harris et al. (2001) turut dibincangkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen kepimpinan perlu diterapkan kepada KP bagi memastikan mereka memiliki kelayakan dan keupayaan untuk memimpin panitia masing-masing dengan cemerlang. Perancangan dan pengurusan kepimpinan pemimpin pertengahan (PP) di sekolah juga memerlukan elemen kepimpinan yang mantap. Kerjasama erat antara pelbagai organisasi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan juga universiti adalah penting untuk memastikan keberkesanan kepimpinan KP. Kajian ini juga mendapati bahawa kepimpinan KP adalah efektif apabila elemen kepimpinan diterapkan dan diurus dengan teliti seterusnya dapat memberi impak positif kepada pencapaian pelajar dan prestasi sekolah secara keseluruhan.