Shafirin, Mohammad Afiq
Program Studi Ekonomi Islam FEI UNIDA Bogor

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

PERTIKAIAN COMANGO TERHADAP HAK ASASI MELAYU-ISLAM DI MALAYSIA: SATU KAJIAN STRATEGIK EKONOMI POLITIK Shafirin, Mohammad Afiq
JURNAL SYARIKAH : JURNAL EKONOMI ISLAM Vol 3, No 2 (2017): Jurnal Syarikah
Publisher : Program Studi Ekonomi Islam FEI UNIDA Bogor

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (437.54 KB) | DOI: 10.30997/jsei.v3i2.907

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan berkenaan pertikaian COMANGO terhadap hak asasi Melayu-Islam di Malaysia dari perspektif kajian strategik ekonomi politik. Pertubuhan Bukan Kerajaan atau Non-govenmental Organization (NGO) yang berorientasikan pemikiran demokrasi liberal Barat seperti Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sister In Islam (SIS), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process (COMANGO) telah memperjuangkan berkaitan isu-isu hak asasi manusia, hak sama rata terhadap wanita, keperluan untuk mendapatkan akses media yang adil dan kebebasan untuk bersuara. Dari pada beberapa pertubuhan tersebut, COMANGO dilihat aktif mempertikaikan hak asasi Melayu-Islam di Malaysia. Permasalahan ini timbul apabila COMANGO yang dibentuk dengan tujuan memperjuangkan hak asasi manusia di Malaysia telah menyuarakan pendapat dan membuat pelbagai tuntutan dan pertikaian yang jelas menyentuh isu-isu sensitiviti masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Daripada permasalahan tersebut, maka dalam kajian ini, pengkaji ingin meneliti pertikaian yang dilakukan oleh COMANGO terhadap hak asasi Melayu-Islam di Malaysia dari sudut kajian strategik ekonomi politik. Dengan menggunakan kajian dokumen dan analisis kandungan, hasilnya didapati bahawa kekuatan politik dan ekonomi COMANGO merupakan faktor utama NGO tersebut aktif dalam mempertikaikan hak asasi Melayu-Islam di Malaysia