Di Malaysia, genre kepustakaan ilmu tradisional Melayu secara relatifnyaboleh dikatakan baharu, selepas ia diperkenalkan oleh Harun Mat Piahpada dekad terakhir kurun ke-20. Genre yang diguna pakai dalam menelaahbidang kesusasteraan tradisional ini mempertegaskan tentang konsep ilmuorang Melayu yang terkandung di dalam naskhah-naskhah mereka, sebagaisuatu korpus karya yang bersifat ilmu pengetahuan dan juga pedoman(treatise) yang mengandungi kepercayaan dalam konteks pengamalanilmu-ilmu tersebut. Salah satu cabang karya kepustakaan ilmu tradisionalyang dirujuk adalah ilmu yang berkait dengan penggunaan senjata apiatau dinamakan sebagai ilmu bedil. Kalau hendak dibandingkan dengannaskhah-naskhah ilmu yang lain, setakat ini naskhah ilmu bedil masihterlalu kecil liputannya. Justeru, kertas kerja ini akan memperkatakanbeberapa hal berkenaan naskhah ilmu bedil Melayu dan potensinyadalam memperkayakan konsep dan konteks kepustakaan ilmu tradisional.
Copyrights © 2015