Jurnal Konseling dan Pendidikan
Vol 5, No 3 (2017): JKP

Perkhidmatan Kaunseling di Institusi Penjagaan Kesihatan: Isu dan Cabaran Kaunselor di Sarawak

Merikan Aren (Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia)
Faizah Abd Ghani (Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia)
Zainal Abidin Zainuddin (Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Nov 2017

Abstract

Perkhidmatan kaunseling di Malaysia tidak hanya bertapak di institusi pendidikan tetapi telah berkembang dengan pesat di pelbagai agensi kerajaan dan swasta mulai 1990an dengan tertubuhnya Unit Psikologi dan Kaunseling oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Perkhidmatan kaunseling di institusi penjagaan kesihatan adalah bertujuan untuk membantu klien memahami dan berupaya menghadapi perasaan dan emosi berkaitan dengan masalah kesihatan di samping membantu klien untuk berkembang serta memberi sokongan yang berterusan sepanjang proses rawatan. Kajian kualitatif ini bertujuan untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh para kaunselor dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling di institusi penjagaan kesihatan. Dapatan kajian mendapati enam tema utama isu dan cabaran yang dihadapi oleh kaunselor iaitu peranan kaunselor (24.6%), limitasi perkhidmatan (22.8%) kelayakan kaunselor (19.3%), aplikasi perkhidmatan kaunseling kesihatan (15.5%), cadangan penambahbaikan (14%) dan keperluan garis panduan (3.8%). Seterusnya, kajian ini juga membincangkan implikasi kajian terhadap peranan, latihan dan aplikasi kaunseling kesihatan di institusi penjagaan kesihatan.

Copyrights © 2017






Journal Info

Abbrev

jkp

Publisher

Subject

Education

Description

Jurnal Konseling dan Pendidikan merupakan jurnal ilmiah dalam bidang keilmuan Bimbingan dan Konseling dan Pendidikan. Jurnal ini diterbitkan oleh Indonesian Institute for Counseling And Education (IICE), merupakan sub lembaga dari perusahaan Multikarya Kons merupakan salah satu Pusat Kajian, Latihan ...