Al-MUNZIR
Vol 13, No 1 (2020): Edisi Mei 2020

AL-FARABI DALAM SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN ILMU FALSAFAH ISLAM

Ahmad Firdaus Bin Mohd Noor (Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Malaysia)



Article Info

Publish Date
06 Jul 2020

Abstract

Falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah.  Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah.  Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.  Segala perkara yang kita ketahui berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak.  Apa sahaja yang kita fikirkan sendiri akan menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah benar dan ia tidak mutlak. Maka sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Maka Falsafah Islam telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang hebat. Lahirnya ilmuan-ilmuan hebat seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ar-Razi, al-Farabi, Ibnu Khaldun dan ramai lagi adalah sebilangan produk-produk Islam yang sangat berharga yang berjaya dilahirkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji seorang tokoh yang hebat dari segi sumbangannya dalam Ilmu Falsafah Islam.

Copyrights © 2020






Journal Info

Abbrev

al-munzir

Publisher

Subject

Religion Humanities Environmental Science Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

Journal Al- Munzir (p-ISSN: 1979-4894; e-ISSN: 2620-326X) is a journal that publishes scientific papers, articles in the form of thought study and research results. Al-Munzir received articles from academics, researchers, journalists and national and international students in the fields of ...