This Author published in this journals
All Journal Al-MUNZIR
Ahmad Firdaus Bin Mohd Noor
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Kurikulum Pendidikan Islam Para Sahabat: Satu Sorotan Ahmad Firdaus Bin Mohd Noor; Khairunnisa A Shukor
Al-MUNZIR Vol 12, No 2 (2019): November 2019
Publisher : Institut Agama Islam Negeri Kendari

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.31332/am.v12i2.1474

Abstract

Kurikulum mempunyai pelbagai definisi mengikut pemikiran dan tafsiran para sarjana pendidikan. Definisi ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Antara kategorinya ialah berasaskan rancangan di peringkat sekolah, pendidikan, objektif, luas atau sempit, dan sebagainya. Walaubagaimanapun jangan kita lupa sejarah kedatangan Islam membawa satu kurikulum yang sangat lengkap dalam setiap aspek kehidupan. Kurikulum al-Quran, Hadis, Zaman Para Sahabat,  Zaman Abbasiah, Zaman Umayyah, Zaman Fatimiyah hingga Uthmaniyah, dan pelbagai contoh kurikulum daripada pelbagai sarjana Islam. Kertas kerja ini membincangkan mengenai “Kurikulum Pendidikan Islam Zaman Sahabat
AL-FARABI DALAM SUMBANGAN KEPADA PERKEMBANGAN ILMU FALSAFAH ISLAM Ahmad Firdaus Bin Mohd Noor
Al-MUNZIR Vol 13, No 1 (2020): Edisi Mei 2020
Publisher : Institut Agama Islam Negeri Kendari

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.31332/am.v13i1.1734

Abstract

Falsafah merupakan satu usaha untuk mencari kebenaran, dan kebenaran itu sebenarnya hanya Allah.  Kalau kita cuba mencari erti hakikat hidup, maka ini adalah falsafah.  Hakikat hidup yang sebenar hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.  Segala perkara yang kita ketahui berdasarkan apa yang diberitahu oleh Allah, maka itulah yang benar dan mutlak.  Apa sahaja yang kita fikirkan sendiri akan menjadi falsafah kita dan tidak bersandarkan kepada kitab Allah, maka itu tidaklah benar dan ia tidak mutlak. Maka sebab itu bermacam-macam falsafah timbul hasil pemikiran manusia. Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain, perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Maka Falsafah Islam telah melahirkan ramai tokoh-tokoh Islam yang hebat. Lahirnya ilmuan-ilmuan hebat seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi, Ar-Razi, al-Farabi, Ibnu Khaldun dan ramai lagi adalah sebilangan produk-produk Islam yang sangat berharga yang berjaya dilahirkan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji seorang tokoh yang hebat dari segi sumbangannya dalam Ilmu Falsafah Islam.