Keputusan yang cemerlang penting untuk pelajar matrikulasi dan memberi peluang yang lebih baik dalam pemilihan bidang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah. Namun, penguasaan kemahiran penyelesaian masalah yang lemah dalam pengaturcaraan menyebabkan pelajar sukar mendapatkan keputusan yang baik. Maka kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesan penggunaan model penyelesaian masalah Polya dalam pembelajaran algoritma pengaturcaraan dalam kalangan pelajar matrikulasi. Metodologi kajian yang digunakan adalah eksperimen kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen kumpulan kawalan tidak setara dengan ujian pra dan ujian pasca. Eksperimen dilaksanakan selama tujuh minggu dan instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada enam soalan subjektif. Keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara pencapaian ujian pasca kumpulan rawatan berbanding pencapaian kumpulan kawalan. Ini menunjukkan kaedah adaptasi Model Polya yang digunakan dalam pembelajaran algortima pengaturcaraan meningkatkan prestasi pencapaian pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa adaptasi Model Polya sesuai digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran algoritma khususnya dalam penyelesaian masalah pengaturcaraan. Attitudes Polya Model Impact on Algorithm Learning: A Case Study Abstract: Excellent results are important for matriculation students and provide better opportunities in the selection of fields to further their studies to the Degree level. However, poor mastery of problem-solving skills in programming makes it difficult for students to get good results. Therefore, this study was conducted to identify the effect of using the Polya problem-solving model in the learning of programming algorithms among matriculation students. The research methodology used is a qualitative quantitative experimental control group experiment not equivalent to pre-test and post-test. The experiment was conducted for seven weeks and the research instruments used were pre-test and post-test consisting of six subjective questions. The results of the t-test showed that there was a significant mean difference between the post-treatment achievements of the treatment group compared to the achievement of the control group. This shows the Polya Model adaptation method used in learning programming algorithms to improve student achievement performance. The implications of this study show that the adaptation of the Polya Model is suitable for use in the process of learning and teaching algorithms, especially in solving programming problems. Keywords: Algorithms, Problem Solving Skills, Programming, Polya Models.
Copyrights © 2020