Isu gangguan bahasa ibunda dalam pembelajaran bahasa kedua sentiasa menjadi satu fenomena yang tidak dapat dielakkan. Penguasaan bahasa kedua mempunyai persamaan dan perbezaan dengan bahasa ibunda. Ramai ahli pendidik bahasa percaya penguasaan bahasa kedua Bahasa Malaysia, (dalam konteks kajian ini) banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda (Bahasa Tamil, dalam konteks kajian ini). Juga dipercayai bahawa peranan bahasa ibunda adalah negatif, yakni ia mengganggu pengusaan bahasa kedua, di mana cirri-ciri bahasa ibunda dipindahkan ke dalam pembelajaran bahasa kedua (Bolton dan Kachru, 2006).Gangguan seperti ini berlaku dalam beberapa konteks tertentu sahaja, dan bukan di dalam semua konteks. Kajian ini mendapati terdapat beberapa pengaruh bahasa ibunda di kalangan pelajar sekolah Tamil, terutamanya dalam doamain sintaks dan perbendaharaan kata.Pengaruh ini diklasifikasi sebagai pengaruh negatif, yakni pengusaan bahasa ibunda mengganggu dalam pembelajaran bahasa kedua.Penguasaan perbendaharaan kata yang lemah telah dikenal pasti sebagai salah satu sebab mengapa kanak kanak di darjah 5 dalam kajian ini tidak dapat menguasai Bahasa Malaysia tanpa gangguan bahasa Ibunda.Maka, banyak aktiviti yang dapat meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata harus diadakan dalam kelas Bahasa Malaysia. Kata kunci: bahasa Tamil, proses pembelajaran, bahasa Melayu
Copyrights © 2014