Intelegensia : Jurnal Pendidikan Islam
Vol 9, No 2 (2021): Jurnal Intelegensia - Vol. 09 No. 2 Juli-Desember 2021

KAJIAN TERHADAP PELAKSANAAN BIMBINGAN AGAMA ISLAM DI PUSAT AKTIVITI SAUDARA BARU CHINA MUSLIM (MACMA) NEGERI JOHOR

Siti Marpuah (Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia 86400)
Arwansyah Kirin (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
Intan Farhana Saparudin (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
Shah Rul Anuar Nordin (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
Shakila Ahmad (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
Zulfana Lidinillah (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Dec 2021

Abstract

AbstrakMualaf sebagai individu yang baru mengenali Islam harus banyak belajar tentang agama Islam supaya mereka dapat memahami dan mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik mungkin. Kajian dijalankan untuk melihat pelaksanaan bimbingan agama Islam dalam kalangan saudara baru atau mualaf bangsa China. Kajian juga bertujuan mengetahui apakah kurikulum yang dijadikan panduan dalam bimbingan agama Islam ini. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan pendekatan temu bual, kajian lapangan dan analisis dokumen untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kajian. Hasil kajian mendapati bahawa bimbingan agama Islam yang dilaksanakan di MACMA adalah sebanyak tiga (3) kali dalam satu minggu, dengan mempelajari subjek akidah, syariah, akhlak, Iqra dan al-Quran serta aktiviti agama yang lain. Sedangkan kurikulum yang dijadikan rujukan untuk bimbingan agama Islam di MACMA adalah menggunakan kurikulum yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor.       

Copyrights © 2021






Journal Info

Abbrev

JI

Publisher

Subject

Education

Description

Jurnal Intelegensia is a periodic scientific journal published in Indonesian Language published twice in a year on every Juni Desember and Desember. The manuscript submission process is open year-round. All submitted manuscripts are reviewed with blind-peer reviews and editorial reviews before being ...