Tamaddun : Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan
Vol 22 No 2 (2021): Tamaddun Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan

BATASAN PERGAULAN DI ALAM MAYA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Zurita binti Mohd Yusoff (Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia)
Fatin Nabilah binti Fauzi (Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia)
Siti Fatimah binti Salleh (Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia)
Normadiah binti Daud (Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia)
Tg. Fatimah Muliana binti (Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia)
Tg. Muda Nadhirah binti Nordin (Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia)



Article Info

Publish Date
25 Jan 2022

Abstract

Teknologi maklumat merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripadakehidupan manusia di zaman kini. Perkembangan pesat dunia alam maya telah membawaperubahan yang positif kepada kehidupan manusia. Dengan penggunaan Internet, urusankehidupan menjadi lebih mudah, cepat dan menjimatkan kos. Namun apabila jaringanperhubungan manusia menjadi semakin luas, banyak juga kesan negatif yang berlaku hasildaripada perkembangan teknologi maklumat. Pergaulan di antara lelaki dan wanita di alammaya berlaku seluasnya dan turut membawa implikasi yang negatif sekiranya tidak dikawal.Hukum pergaulan di antara lelaki dan wanita secara umumnya telah dijelaskan di dalam al-Quran dan hadis. Namun, persoalan timbul apakah hukum pergaulan di antara kedua-duanya dialam maya yang berlaku tanpa pertemuan secara fizikal? Kertas kerja ini bertujuan untukmengkaji apakah hukum pergaulan di antara lelaki dan wanita di alam maya dan seterusnyamenggariskan batasan pergaulan di antara keduanya berdasarkan perspektif Syarak. Kaedahyang digunakan untuk mengumpul data-data ialah kaedah analisis dokumen iaitu dengan caramerujuk kepada kitab-kitab dalam mazhab Shafie tentang hukum pergaulan di antara lelaki danwanita. Buku-buku berkaitan interaksi dan pergaulan melalui Internet juga diteliti untukmendapatkan data-data yang sahih. Dalam proses menganalisis data, penulis menggunakankaedah analisis kandungan. Hasil penulisan ini mendapati Syarak membenarkan lelaki danwanita bergaul di alam maya sekiranya terdapat keperluan. Namun, terdapat batasan-batasantertentu dalam pergaulan mereka agar tidak berlaku fitnah, maksiat dan gejala-gejala negatifyang akhirnya boleh membawa kemudaratan di dunia dan akhirat.

Copyrights © 2021






Journal Info

Abbrev

tamaddun

Publisher

Subject

Humanities Education Social Sciences Other

Description

Jurnal ini bernama Tamaddun yang artinya (peradaban, kebudayaan, kemajuan) diterbitkan oleh Program Studi Pendidikan Agama Islam Fakultas Agama Islam Universitas Muhammadiyah Gresik, terbit 2 (dua) kali dalam setahun pada bulan Juli dan Januari. Tujuan dari jurnal ini adalah memfasilitasi para ...