Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

DIGLOSIA DALAM SALINA: SATU KAJIAN SOSIOLINGUISTIK

Mohamad Zaki Abdul Halim (Universiti Utara Malaysia)
Melor Fauzita Md. Yusoff (Universiti Utara Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Kertas kerja ini akan meneliti kewujudan diglosia dalam dialog yang digarapkan oleh A.Samad Said melalui novel Salina. Analisis dijalankan bersandarkan sifat-sifat diglosia yang wujud berdasarkan Ferguson (1959) dan Fishman (1967). Pengukur ini adalah untuk memperlihatkan kewujudan diglosia dalam bentuk dwi/multibahasa. Analisis ini dideskripsi dalam bentuk kualitatif. Kaedah utamanya adalah mengumpul data diglosia daripada teks novel dan dihubungkan dengan faktor sosiolinguistik yang menentukan pemeringkatan diglosia. Dapatan mendapati terdapat diglosia rendah (L) yang wujud dalam beberapa pemeringkatan dan berlaku pertindihan fungsi. Terdapat juga diglosia rendah yang mencapai tahap tinggi (H) apabila berlaku pertembungan dua diglosia rendah yang dibezakan oleh faktor sosiolinguistik menjadikannya sebagai (HL).

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...