Konsep penambahan merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses penambahan dengan mengumpul semula. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji sejauh mana kaedah ladder dengan bantuan ICT dalam meningkatkan penguasan murid dalam melakukan operasi penambahan dengan mengumpul semula. Penilaian terhadap keberkesanan kaedah ladder dengan bantuan ICT telah dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan ujian pra dan ujian pos. Seramai lapan orang murid telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Hasil analisis data statistik mendapati bahawa terdapat peningkatan peratus penguasaan sehingga 80 % selepas ujian pos. Purata peratus peningkatan pula menunjukkan sebanyak 62.5% bagi kesemua responden. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah Ladder berbantukan ICT sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi penambahan dengan mengumpul semula dalam lingkungan 10 000.
Copyrights © 2016