Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN 4TENTANGPERANAN TEMENGGUNG DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “TREASURE HOUSE”

Nur Amalina Mohamad Noor (Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman)
Putra Abd. Rahman Ibrahim (Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah kaedah “Treasure House” dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 tentang peranan Temenggung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan “Treasure House?”. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada empat orang murid daripada Tahun Empat yang lemah dalam penguasaan peranan Temenggung dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sejarah yang lalu. Data dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah analisis dokumen serta dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai tiga orang murid telah berjaya menguasai peranan Temenggung berdasarkan beberapa fokus kajian. Terdapat empat orang murid telah mencapai tahap cemerlang dengan menunjukkan rumusan tahap penguasaan yang tinggi. Dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa kaedah “Treasure House” amat berkesan dalam membantu murid-murid dalam menguasai peranan Tokoh-Tokoh Kesultanan Melayu Melaka.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...