Perlakuan buli secara verbal atau bahasa boleh memberi kesan terhadap mangsa buli sama ada kesan secara mental atau emosi. Kajian ini bertujuan membantu murid yang menjadi mangsa buli untuk berfikir secara positif menggunakan teknik “StreMa”. Kajian ini dilaksanakan terhadap empat orang peserta kajian yang merupakan murid perempuan tahun enam yang tertekan dan mempunyai pemikiran negatif akibat dibuli. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian separa berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen Borang Refleksi Aktiviti. Dapatan kajian melalui analisis bertema menunjukkan terdapat tema ciri-ciri pemikiran positif terhadap semua peserta kajian. Kesimpulannya, teknik “StreMa” berdasarkan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) yang digunakan sangat berkesan untuk membantu peserta kajian berfikir secara positif. Cadangan tindakan susulan turut dibincangkan dalam kajian ini.
Copyrights © 2016