Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

KOMITMEN GURU DAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN BERPRESTASI TINGGI DAN BERPRESTASI RENDAH DI DAERAH KOTA BHARU, KELANTAN

Rozi Mohamad (Universiti Utara Malaysia)
Abd Latif Kasim (Universiti Utara Malaysia)
Sofiah Zakaria (Universiti Utara Malaysia)
Faezah Mohd Nasir (Universiti Utara Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Satu daripada bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang terdapat dalam Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) adalah untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Bagi merealisasikannya, guru perlu bertindak sebagai pemain utama dalam melaksanakan pelbagai dasar dan program yang terkandung dalam GTP tersebut. Selain mengajar, dasar dan program tersebut datang bersama dengan pelbagai tugasan yang perlu dipikul guru. Tugasan yang bertambah akan menimbulkan masalah yang membawa kepada meningkatnya tekanan kerja, mempengaruhi komitmen dan kepuasan kerja guru. Sehubungan itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap komitmen guru dan tahap kepuasan kerja gurudi sekolah menengah (SMK) harian berprestasi tinggi dan SMK harian berprestasi rendah. Kajian juga bertujuan mengkaji hubungan antara komitmen guru dengan kepuasan kerja dalam kalangan mereka. Di samping itu, kajian juga mengkaji bagaimana faktor demografi seperti jantina, umur dan pengalaman mengajar boleh mempengaruhi komitmen dan kepuasan kerja. Populasi kajian adalah guru-guru yang mengajar di enam buah sekolah menengah harian dalam daerah Kota Baharu, Kelantan. Sampel seramai 200 orang dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Dua set instrumen soal selidik telah digunakan untuk memungut data kajian iaitu Soal Selidik Skala Komitmen Guru (SKG) yang dibangunkan oleh Thien, Nordin Abd Razak dan Ramayah (2014), dan Job Satisfaction Survey (JSS)yang dibangunkan oleh Spector (1997). Analisis deskriptif dan inferensi dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap komitmen dan kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi. UjiankorelasiPearson pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara komitmen dengan kepuasan kerja guru di kedua-dua kategori sekolah.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...