Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

MENINGKATKAN SELF-ESTEEM MURID MELALUI TEKNIK STEP BY STEP

Lim Xing Er (IPG Kampus Darulaman)
Sheridean Zakaria (IPG Kampus Darulaman)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Dalam kehidupan dan pergaulan harian, sesetengah murid menghadapi masalah tahap self-esteem yang rendah sehingga mempengaruhi prestasi diri dan keyakinan diri untuk melakukan apa-apa sahaja. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan self-esteem murid. Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan hasil temubual, pemerhatian dan borang soal selidik yang dapat mengenal pasti tahap self-esteem murid yang rendah. Peserta kajian terdiri daripada 2 orang murid lelaki Tahun 4 dan seorang murid perempuan Tahun 6. Instrumen kajian meliputi temubual, pemerhatian dan borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data. Data yang diperoleh melalui instrumen berikut dipaparkan dalam bentuk deskripsi, jadual dan graf bagi tujuan penganalisisan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Step By Step berjaya membantu semua peserta kajian meningkatkan self-esteem yang rendah kepada tinggi. Selain itu, peserta-peserta kajian telah menjadi lebih berani untuk bertanya dan menjawab soalan, kurang mementingkan pendapat orang lain dan lebih yakin dengan diri sendiri.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...