Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

PERSEPSI MURID TAHUN LIMA TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH MODEL BAR DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT TAJUK PECAHAN

Nor Ezah Ariffin (Universiti Utara Malaysia)
Nurulwahida Hj. Azid Aziz (Universiti Utara Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Penyelesaian masalah matematik berayat merupakan kemahiran yang sukar dikuasai. Walaupun terdapat pelbagai heuristik untuk menyelesaikan masalah ini tetapi pendekatan Model Polya digunakan sebagai penyelesaian kepada soalan masalah. Namun terdapat satu strategi dikenali sebagai Singapore Bar Model yang semakin dipelopori penggunaannya oleh negara maju. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat bagi topik pecahan dengan menggunakan kaedah model bar terhadap murid tahun lima di sekolah kebangsaan di daerah Kota Setar. Kajian ini melibatkan enam orang murid tahun lima berpencapaian sederhana dalam matematik dan tiga orang guru di sekolah kebangsaan di daerah Kota Setar. Ia menggunakan pendekatan reka bentuk kajian kes yang melibatkan murid menjalani sesi pembelajaran penyelesaian masalah matematik berayat kaedah model bar menggunakan lima set rancangan pengajaran harian. Data kajian dikumpulkan daripada pemerhatian, temu bual berstruktur dan dokumen analisis. Analisis daripada data yang dikumpul menunjukkan mengubah cara penyelesaian masalah daripada kaedah empat langkah penyelesaian masalah Polya kepada kaedah model bar berjaya mengubah sikap dan persepsi murid kepada minat dan keseronokkan belajar kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat. Hasil kajian mendapati kaedah model bar adalah lebih berkesan dalam menarik minat serta meningkatkan prestasi murid dalam kemahiran menyelesaikan masalah matematik berayat tajuk pecahan.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...