Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid sekolah rendah dalam mata pelajaran Pendidikan Sejarah khususnya maklumat berkaitan negeri-negeri di Malaysia dengan menggunakan kaedah SELERE. Kajian ini mempertingkatkan tahap penguasaan mengenai maklumat nama ibu negeri, asal-usul nama negeri, bendera negeri dan ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid tahun 6E dari sebuah sekolah rendah di daerah Kubang Pasu yang tidak dapat menguasai maklumat berkaitan negeri-negeri di Malaysia semasa dalam proses pengumpulan data awal iaitu tidak memenuhi aspek-aspek yang telah ditetapkan dalam pemarkahan hasil lembaran kerja. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen digunakan untuk mengumpul data. Dapatan kajian daripada kesemua analisis dan interpretasi data tersebut menunjukkan bahawa penggunaan kaedah SELERE dapat meningkatkan penguasaan maklumat berkaitan negeri-negeri di Malaysia bagi murid tahun 6. Cadangan kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan terhadap kaedah SELERE ini dengan menambah gambar rajah pada kad SELERE dengan lebih jelas dan tepat.
Copyrights © 2016