Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

PENGGUNAAN KAEDAH TITIK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM OPERASI DARAB

Nur Aniza Elias (SRA JAIM Selandar, Selandar, Melaka)
Roslinda Rosli (Universiti Kebangsaan Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Konsep pendaraban merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses pendaraban berlaku dan yang paling sukar ialah kerana mereka tidak menghafal sifir. Justeru, satu kaedah baru diperkenalkan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran mendarab disamping dapat menguasai fakta asas darab dengan lebih baik. Lapan orang murid tahun empat telah dipilih sebagai sampel kajian adalah dari sebuah sekolah di daerah Jasin, Melaka. Kesemua sampel adalah terdiri daripada murid yang lemah dalam pendaraban. Tinjauan awal melalui pemerhatian semasa sesi pengajaran dan rujukan dokumen telah dilakukan pengkaji sebelum memperkenalkan kaedah titik. Sebanyak lapan kali intervensi kaedah titik selama setengah jam telah dijalankan. Data dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca dan menggunakan senarai semak pemerhatian. Hasil analisis data statistik mendapati bahawa hampir kesemua sampel menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca. Keputusan penyelidikan menunjukkan bahawa Kaedah Titik sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab sebarang nombor dalam lingkungan 100 000 dan juga dapat meningkatkan keyakinan murid ketika menjawab soalan pendaraban.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...