Komunikologi: Jurnal Ilmiah Ilmu Komunikasi
Vol 10, No 1 (2013): Komunikologi

PEMBANGUNAN UNDANG-UNDANG PENYIARAN DI INDONESIA




Article Info

Publish Date
11 Mar 2019

Abstract

AbstrakPembangunan Undang-undang penyiaran merupakan bahagian dari pembangunan yang dilakukan oleh sesebuah negara di dunia, sama ada ia dilakukan oleh Negara-negara bekas penjajah, seperti Inggris dan Jepun, yang merdeka setelah Perang Dunia Kedua, seperti Indonesia dan Malaysia, mahupun yang berada di kawasan Asia dan Afrika, seperti India dan Afrika Selatan. Indonesia dalam hal ini, terutamanya yang berkenaan dengan penyiaran televisyen, walaupun sudah menumbuhkan penyiaran televisyen melalui Surat Keputusan Menteri Penerangan Nomor 20/SK/M/1961, namun pembangunan yang wujud dalam bentuk Undang-undang, iaitu Undang-undang penyiaran, baru terbukti dipenghujung kekuasaan Orde Baru (Orba) dan pada masa awal reformasi, UU No. 24 Tahun 1997 dan UU No. 32 Tahun 2002. Dari dua UU yang wujud yang relative baru dilaksanakan adalah UU No. 32 Tahun 2002. Manakala UU No. 24 Tahun 1997 tidak dilaksanakan, kerana Peraturan Pemerintah (PP) yang berjumlah 25 PP, plus 2 Keputusan Menteri (Kepmen) sebagai petunjuk pelaksana dari UU tidak pernah diterbitkan oleh kerajaan. Sebelum kedua UU penyiaran wujud, penyiaran di Indonesia ditadbir dengan Keputusan Presiden (Kepres), seperti pada awal kelahirannya, iaitu Kepres No. 215 Tahun 1963. Selebihnya, penyiaran televisyen lebih banyak ditadbir melalui Keputusan Menteri Penerangan, sama ada melalui Kepmen No. 54 Tahun 1971, No. 111/1990, mahupun Kepmen-kepmen setelahnya. Bahkan ada juga yang ditadbir dengan Surat Keputusan Yayasan dan Direktur Televisi. Matlamat kajian adalah untuk mengenal pasti tentang proses pembangunan peraturan perundang-undangan dibidang penyiaran di Indonesia, sama ada sebelum mahupun setelah ditubuhkan undang-undang yang secara khas mengurus soalan-soalan yang berhubungkait dengan penyiaran. Uraian lebih terperinci tentang semenjak bila pembangunan perundang-undangan yang berhubungkait dengan penyiaran diazaskan dan wujud dari peraturan perundang-undangan tersebut akan dibentangkan dipersidangan nantinya.  Kata kunci: pembangunan, undang-undang penyiaran, komunikasi

Copyrights © 2013






Journal Info

Abbrev

KM

Publisher

Subject

Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

Komunikologi adalah jurnal ilmiah yang memuat tulisan penelitian dan non penelitian dalam bidang Ilmu Komunikasi. Jurnal ini terbit 2 (dua) kali dalam setahun yaitu pada bulan Maret dan September. Jurnal ini tidak dikenakan biaya dalam penerbitannya (free charge). Komunikologi menggunakan pengajuan ...