Proceeding 7th International Seminar on Regional Education
Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit

FAKTOR DAN PERANAN INSTITUSI KELUARGA DALAM MENCEGAH SALAHLAKU DAN DEVIAN DALAM KALANGAN REMAJA

Saidi, Zurina Ahmad (Unknown)



Article Info

Publish Date
27 Jan 2016

Abstract

Abstrak Salahlaku dan devian dalam kalangan remaja adalah isu-isu dan masalah sejagat kerana ia bukanlah satu fenomena baru. Kewujudannya berlaku di semua negara tanpa mengira taraf kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan faktor-faktor yang mendorong remaja bertingkahlaku negatif dengan melihat institusi kekeluargaan sebagai faktor utama. Di samping itu juga, kajian melihat kepada hubungan antara salahlaku-salahlaku dan devian dengan persekitaran keluarga. Seterusnya, kajian juga turut meninjau isu-isu yang berlaku di sebalik persekitaran keluarga dengan melihat kepada peranan institusi keluarga yang pelbagai yang boleh membendung gejala salahlaku dalam kalangan remaja daripada merebak dan berleluasa. Beberapa cadangan dicadang untuk membendung, membentuk dan mencegah salahlaku devian dalam kalangan remaja.Keywords: Salahlaku dan devian, faktor pendorong, peranan ibu bapa, institusi sekolah

Copyrights © 2015