Proceeding 7th International Seminar on Regional Education
Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DALAM PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Wan Mohammad, Wan Muna Ruzanna (Unknown)



Article Info

Publish Date
27 Jan 2016

Abstract

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT (KBAT) dalam pembelajaran Komsas. Selain itu, kajian tinjauan ini juga bertujuan untuk mengkaji tahap perbezaan pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 322 orang pelajar di empat buah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 19.0. Data dianalisis secara secara inferensi menggunakan Ujian-t dan Kolerasi. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti perbezaan pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap KBAT berdasarkan jantina. Analisis inferensi mendapati terdapat perbezaan pengetahuan dan kesediaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Komsas. Manakala tidak terdapat perbezaan sikap yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap KBAT dalam pembelajaran Komsas. Analisis juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pengetahuan dan sikap dengan kesediaan pelajar terhadap KBAT. Daripada analisis ini menunjukkan bahawa KBAT semakin diterima di sekolah dan pelajar menunjukkan kecenderungan untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam dalam Komsas.

Copyrights © 2015