Proceeding 7th International Seminar on Regional Education
Vol 2 (2015): Educational Community and Cultural Diversit

KOMUNIKASI KEPIMPINAN DI SEKOLAH




Article Info

Publish Date
27 Jan 2016

Abstract

Abstrak Kajian-kajian tentang sekolah berkesan telah menunjukkan bahawa sekolah yang berjaya biasanya dipimpin oleh pemimpin yang berkesan. Untuk menjadi pemimpin sekolah yang hebat, pengetua seharusnya memiliki pelbagai kemahiran kepimpinan, antaranya kebolehan berkomunikasi dengan baik. Artikel ini akan membincangkan konsep komunikasi kepimpinan bagi seorang pengetua. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu berkomunikasi dengan pihak atasan, dalam organisasi sekolah, serta dengan pelanggan mereka iaitu murid dan ibu bapa. Perbincangan ini akan memberi fokus terhadap fungsi, strategi dan juga struktur komunikasi kepimpinan.Kata kunci: Kepimpinan sekolah, komunikasi kepimpinan, sekolah berkesan

Copyrights © 2015