JURNAL PENDIDIKAN NUSANTARA INDONESIA
Vol 1, No 1 (2015): Jurnal Pendidikan Nusantara Indonesia

Persepsi Pelajar terhadap Persekitaran Pembelajaran Kelas Amali Kimia

Abd Talib, Corrienna ( Universiti Teknologi Malaysia)
Ismail, Zurida ( Universiti Sains Malaysia)



Article Info

Publish Date
25 Dec 2015

Abstract

Domain kajian persekitaran pembelajaran telah memberi dapatan yang bernilai kepada penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran di kebanyakan negara. Walau bagaimanapun bilangan kajian persekitaran pembelajaran kelas amali masih terhad di Malaysia. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar sekolah menengah terhadap persekitaran pembelajaran kelas amali kimia sebenar dan diingini. Data dikumpul daripada 340 pelajar tingkatan IV aliran sains. Data dikutip melalui ubahsuai dan terjemahan instrumen Chemistry Laboratory Environment Inventory (CLEI). Analisa menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran yang sebenar dengan yang diingini, di mana mereka lebih cenderung kepada persekitran pembelajaran yang lebih positif daripada keadaan yang mereka alami.Kata Kunci— Persekitaran pembelajaran, Kelas Amali, Kimia

Copyrights © 2015