Psychological Journal: Science and Practice
Vol. 1 No. 3 (2013)

Persepsi, penerimaan serta kebolehpercayaan Orang Kurang Upaya terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia

Zuhda Husaian (Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang)
Nor Shafrin Ahmad (Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang)



Article Info

Publish Date
27 Jan 2014

Abstract

Kaunseling merupakan medium bagi individu untuk mencari dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Persoalannya ialah bagaimanakah penerimaan, persepsi serta kebolehpercayaan masyarakat atau klien terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling di Malaysia.Sehubungan demikian, kajian ini bertujuan mengenal pasti penerimaan, persepsi serta kebolehpercayaan klien Orang Kurang Upaya (OKU) terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling dalam usaha untuk membantu mereka menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.Kajian ini merupakan kajian kualitatif.Data diperoleh melalui sesi kaunseling kelompok, temu bual, pemerhatian dan catatan yang dilakukan semasa sesi kaunseling dijalankan.Keputusan melaporkan ramai dalam kalangan OKU memberikan persepsi yang berbeza terhadap perkhidmatan kaunseling yang diikuti.Malah, terdapat kekangan dari segi penerimaan dan kebolehpercayaan OKU terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling. Seterusnya, kajian ini akan membincangkan mengenai penerimaan, persepsi dan kebolehpercayaan OKU terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang diikuti dalam usaha membantu mengurangkan bebanan masalah yang dihadapi. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran kepada kaunselor supaya mereka lebih bersedia untuk berdepan dengan klien OKU.Kata kunci Persepsi, penerimaan, kebolehpercayaan, OKU, kaunseling

Copyrights © 2013






Journal Info

Abbrev

pjsp

Publisher

Subject

Education Public Health Other

Description

Aims and Scope Psychological Journal: Science and Practice (PJSP) is a scientific journal published by the Psychology Masters Program Directorate of Postgraduate Programs (DPPs), University of Muhammadiyah Malang. PJSP is a new face that continues Jurnal Sains dan Praktik Psikologi, which was ...