ABSTRAKSI: Perbincangan adalah pertukaran pendapat ataupun idea. Kaedah perbincangan kumpulan membolehkan pelajar berfikir secara konstruktif serta berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain. Perbincangan menggalakkan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Perbincangan menitikberatkan percakapan, pemerhatian, dan proses pendengaran. Perbincangan juga merupakan kaedah dimana pelajar dan fasilitator bertukar-tukar idea supaya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik. Apabila kaedah perbincangan ini digunakan secara betul, ia merupakan cara yang baik untuk merangsang pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik perbincangan yang boleh digunakan (perbincangan panel, simposium, kajian kes, dan sebagainya). Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang unik. Perbincangan kumpulan boleh dijadikan salah satu teknik pengajaran didalam kelas bagi meningkatkan keyakinan pelajar dan juga pembangunan pelajar. Kecemerlangan pelajar tidak hanya tertumpu kepada pembangunan akademik sahaja, tetapi perlu dilihat dari segi sahsiah (kualiti diri dan kepimpinan). Pembangunan sahsiah amat penting dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran dalam berkomunikasi, serta berkemahiran dalam merancang dan membuat keputusan. Artikel ini mengupas peranan perbincangan kumpulan dalam pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi.KATA KUNCI: Fasilitator, perbincangan kumpulan, pelajar, pembangunan akademik, dan sahsiah diri. ABSTRACT: “The Role of Facilitator in Class Group Discussion: Towards Student Development in Higher Education Institutionâ€. Discussion is an exchange of opinions or ideas. Group discussion methods are effective in getting the students to think constructively while interacting with the rest of the group. A true class discussion requires a student-to-student interchange of ideas. Discussion emphasizes on speaking, observing, listening process. The discussion method is one in which the trainees and the facilitator exchange their ideas in order to get a better understanding of a topic. The discussion method, when used properly, is a good way to stimulate thinking on the part of the student. There are varieties of discussion techniques that can be profitably used in conducting a training program (panel discussion, symposium, case study, etc). Each has unique characteristics and potential. Group discussion can be used as one of teaching techniques in classroom to enhance students’ confidence level and personality development. Student development must be seen not only in terms of their academic performance, but also personality (self-quality and leadership). Personality development is important to create students with high discipline level, who are able to think creatively as well as think critically, excellent in communication, and competent in planning and decision making. This article elaborates group discussion in enhancing student development in higher education institutions.KEY WORD: Facilitator, group discussion, student, academic performance, and personality development.  About the Authors: Assoc. Prof. Dato’ Dr. Norhasni Zainal Abiddin dan Assoc. Prof. Dr. Azahari Ismail ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia), Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel: nonieza99@gmail.comHow to cite this article? Abiddin, Norhasni Zainal Azahari Ismail. (2016). “Peranan Fasilitator dalam Perbincangan Kumpulan Kelas: Ke Arah Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi†in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Vol.1(1) Maret, pp.69-76. Bandung, Indonesia: UPI Press. Chronicle of the article: Accepted (February 2, 2016); Revised (February 20, 2016); and Published (March 11, 2016).
Copyrights © 2016