Artikel ini membahas tentang hadith-hadith yang berkaitan dengan muamalat dalam hal ini berkaitan dengan al-rahn. Al-Rahn adalah salah satu akad dalam muamalat yang berkaitan dengan hutang piutang dengan memberikan barang jaminan bagi penghutang. Hadith-hadith tentang alRahn yang terdapat pada kutub sittah ini banyak jumlahnya. Dan ada kemungkinan matan hadith atau sanadnya saling melengkapi antara satu dengan yang lainnya. Oleh kerana itu, penulis melakukan kajian dengan menggunakan kajian perpustakaan yakni penulis mengumpulkan data-data yang bersumber daripada al-Kutub al-Sittah dan berusaha menganalisa hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Rahn. Hasil kajian yang didapati oleh penulis bahawa setiap kitab-kitab yang terkumpul dalam kutub al-Sittah masing-masing penulisan dan penyusunan hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Rahn berbeda-beda yakni seperti Sahih al-Bukhāri menyusun hadith tentang al-Rahn khusus dalam pembahasan kitāb al-Rahn. Sahih Muslim menempatkan pembahasan hadith tentang al-Rahn masuk dalam kitāb al-Buyū‘. Abi Dawud membahas tentang hadith yang berkaitan dengan al-Rahn dimasukkan dalam kitāb al-Buyū‘. Al-Tirmidhi menempatkan pembhasan hadith tentang al-Rahn itu pada Abwāb al-Buyū’. Di dalam Sunan al-Nasa’i bahawa pembahasan tentang al-Rahn itu juga ditempatkan pada kitāb al-Buyū. Kemudian pada Sunan Ibn Majah bahawa hadith mengenai al-Rahn khusus pembahasan dalam satu bab tentang al-Rahn. Selanjutnya penulis mengambil hadtih-hadith yang berkaitan dengan alRahn itu kemudian penulis menganalisa mengenai hukum al-Rahn menurut ulama hadith dan ulama fiqh.
Copyrights © 2016