EDUCASIA : Jurnal Pendidikan, Pengajaran, dan Pembelajaran
Vol 10 No 1 (2025): Educasia, 10(1), April 2025

Pelaksanaan Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah-Sekolah Ugama Negara Brunei Darussalam

Hj Metamit, Noorhaizadatul Akmar (Unknown)



Article Info

Publish Date
11 Apr 2025

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah ugama dari segi kesediaan guru-guru ugama, cara pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab dalam kalangan guru-guru ugama, disamping untuk mengenal pasti masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru ugama dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab. Responden kajian terdiri dari 133 orang guru ugama yang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah ugama. Reka bentuk kajian ini ialah berbentuk tinjauan deskriptif dan instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik. Hasil dapatan kajian yang dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences v.20 (SPSS) menunjukkan bahawa guru-guru ugama bersedia untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Arab, akan tetapi terdapat beberapa isu yang timbul dalam melaksanakan pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab tersebut. Manakala hasil dapatan dari analisis Crosstab di antara empat daerah tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab sama ada dari segi tahap kesediaan, cara pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab serta masalah dan cabaran yang dihadapi oleh guru ugama dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah ugama.

Copyrights © 2025






Journal Info

Abbrev

educasia

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

EDUCASIA, e-ISSN 2527-5011 dan p-ISSN: 2502-9150 adalah Jurnal yang menerbitkan tulisan baik artikel hasil penelitian maupun artikel kajian kepustakaan bidang Pendidikan, Pengajaran, dan ...