Jurnal Ekonomi Bisnis Manajemen Prima
Vol. 7 No. 1 (2025): Jurnal Ekonomi Bisnis Manajemen Prima

Peranan Ibadah Solat Dalam Membentuk Tingkah Laku Dan Kepimpinan Diri Yang Efektif Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia

Yusoff, Zawawi bin (Unknown)
Jamil, engku Nursyahzanani Anis Tengku (Unknown)



Article Info

Publish Date
05 Aug 2025

Abstract

Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Ibadah solat adalah bentuk komunikasi antara seorang hamba dengan Penciptanya. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan, pengamalan solat, mengenal pasti kesan ibadah solat terhadap tingkah laku dan kepimpinan serta menganalisis hubungan ibadah solat dengan tingkah laku dan kepimpinan diri pelajar sekolah menengah kebangsaan Tok Dor. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan teknik persampelan rawak mudah. Responden kajian terdiri daripada 175 murid tingkatan satu hingga tiga sekolah menengah kebangsaan Tok Dor di daerah Besut, Terengganu. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Manakala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan metode deskriptif untuk menerangkan data dan metode inferensi untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar adalah tinggi. Selain itu, analisis mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, pengamalan solat dengan kesan ibadah solat terhadap tingkah laku dan kepimpinan diri. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pihak sekolah dan ibu bapa meneruskan serta memperkasa program keagamaan bagi mengekalkan dan meningkatkan pengetahuan dan pengamalan solat dalam kalangan pelajar, dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan yang bijak serta mampu menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya dengan penuh ketekunan.

Copyrights © 2025






Journal Info

Abbrev

JEBIM

Publisher

Subject

Decision Sciences, Operations Research & Management Economics, Econometrics & Finance

Description

Jurnal Ekonomi Bisnis Manajemen Prima merupakan jurnal ilmiah online yang diterbitkan secara berkala oleh Fakultas Ekonomi Universitas Prima Indonesia dan teregistrasi oleh LIPI dengan SK ISSN 0005.2685984X/JI.3.1/SK.ISSN/2019.08 pada Agustus 2019. Jurnal Ekonomi Bisnis Manajemen Prima menerima ...