Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Peranan Ibadah Solat Dalam Membentuk Tingkah Laku Dan Kepimpinan Diri Yang Efektif Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia Yusoff, Zawawi bin; Jamil, engku Nursyahzanani Anis Tengku
Jurnal Ekonomi Bisnis Manajemen Prima Vol. 7 No. 1 (2025): Jurnal Ekonomi Bisnis Manajemen Prima
Publisher : JEBIM Prima

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.34012/jebim.v7i1.7007

Abstract

Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam. Ibadah solat adalah bentuk komunikasi antara seorang hamba dengan Penciptanya. Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan, pengamalan solat, mengenal pasti kesan ibadah solat terhadap tingkah laku dan kepimpinan serta menganalisis hubungan ibadah solat dengan tingkah laku dan kepimpinan diri pelajar sekolah menengah kebangsaan Tok Dor. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan dan teknik persampelan rawak mudah. Responden kajian terdiri daripada 175 murid tingkatan satu hingga tiga sekolah menengah kebangsaan Tok Dor di daerah Besut, Terengganu. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik. Manakala data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan metode deskriptif untuk menerangkan data dan metode inferensi untuk melihat hubungan antara pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar adalah tinggi. Selain itu, analisis mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, pengamalan solat dengan kesan ibadah solat terhadap tingkah laku dan kepimpinan diri. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pihak sekolah dan ibu bapa meneruskan serta memperkasa program keagamaan bagi mengekalkan dan meningkatkan pengetahuan dan pengamalan solat dalam kalangan pelajar, dengan harapan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan yang bijak serta mampu menetapkan matlamat dan berusaha mencapainya dengan penuh ketekunan.
Peranan Ibadah Solat Dalam Membentuk Tingkah Laku Dan Kepimpinan Diri Yang Efektif Dalam Kalangan Remaja Di Malaysia Yusoff, Zawawi bin; Jamil, Tengku Nursyahzanani Anis