Asian Social Work Journal
Vol 10 No 2 (2025)

Penilaian Semula Model i-Pulih: Keberkesanan, Cabaran dan Penambahbaikan dalam Rawatan dan Pemulihan Pengguna Dadah di Malaysia

Jamir Singh, Paramjit Singh (Unknown)
Azman, Azlinda (Unknown)
Yee Xhin, Pung (Unknown)



Article Info

Publish Date
31 Jul 2025

Abstract

Artikel ini membincangkan keberkesanan Model i-Pulih yang dikelolakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai model utama rawatan dan pemulihan pengguna dadah di Malaysia. Walaupun pelaksanaannya bertujuan menyokong dasar nyah jenayah penyalahgunaan dadah melalui pendekatan berasaskan kesihatan dan pemulihan komuniti, kadar penagihan berulang (relaps) masih tinggi. Artikel ini meninjau literatur semasa tentang faktor relaps, keberkesanan rawatan, serta cabaran institusi dan sosial yang dihadapi oleh pengguna dadah selepas pemulihan. Analisis menunjukkan bahawa Model i-Pulih mempunyai asas teori kukuh melalui dimensi biologi, psikologi, spiritual dan sosial, namun pelaksanaannya masih boleh ditambah baik. Kajian lepas turut menunjukkan kekurangan integrasi antara intervensi psikososial, stigma sosial yang berterusan, dan ketiadaan sistem pemantauan pascarawatan yang berkesan. Artikel ini mencadangkan pendekatan bottom-up berasaskan praktis kerja sosial, pemulihan berorientasikan komuniti, serta pengukuhan jaringan sokongan sosial bagi meningkatkan keberkesanan Model i-Pulih ke arah masyarakat bebas dadah yang inklusif.

Copyrights © 2025