Secara teori mahupun falsafah, psikologi Islam telahpun berkembang seiring adanya tuntutan Islamisasi ilmu. Namun untuk memperjuangkan psikologi Islam sebagai salah satu disiplin ilmu yang diakui, masih jauh dari kenyataan. Tentangan dan harapan ini memerlukan suatu paradigma dan epistemologi khas yang mengarah kepada konseptualisasi dan pengukuran (psikometrik). Dalam konteks sejarah, psikologi baru diakui sebagi suatu ilmu berasaskan verifikasi pengukuran kuantitatif, sebagaimana yang dipelopori oleh William Wundt dengan strukturalismenya. Oleh itu kajian ini cuba menawarkan konsep Epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam dengan cara transformasik ideologi, budaya dan sosial yang berasaskan dari Al-qur’an dan Hadits untuk membentuk konstruk-konstruk dan indikator-indikator sesebuah pengukuran yang dikombinasikan menurut kaedah psikometrik yang sedia ada. Konsep mental-kognitif sebagai bentuk cara berfikir berteraskan Islam telahpun dibina dengan pendekatan tawaran epistemologi dimana Pengukuran ini telah ditadbir kepada Remaja Bermasalah Di Pusat Pemulihan seramai 490 orang. Hasil kajian menunjukkan tahap mental-kognitif remaja tersebut adalah pada tahap yang rendah. Menurut perbezaan jantina dengan menggunakan ujian t mendapati perempuan (min=248.81) lebih tinggi tahapnya berbanding lelaki (244.671) di mana t=-2.071 dengan p<0.05. Manakala dari segi reliabiliti dan validiti memperlihatkan indeks yang cukup baik. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi implikasi kepada berkembangnya pembinaan alat pengukuran dan modul-modul intervensi psikologi yang berteraskan Islam.
Copyrights © 2017