Khaidzir Hj Ismail
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti sains sosial dan Kemanusiaan

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

GAGASAN GERAKAN PSIKOLOGI ISLAM : SUATU PENDEKATAN PSIKOMETRIK Khaidzir Hj Ismail
AL-FIKRA Vol 16, No 1 (2017): Al-Fikra : Jurnal Ilmiah Keislaman
Publisher : Program Pascasarjana Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.24014/af.v16i1.3619

Abstract

Secara teori mahupun falsafah, psikologi Islam telahpun berkembang seiring adanya tuntutan Islamisasi ilmu. Namun untuk memperjuangkan psikologi Islam sebagai salah satu disiplin ilmu yang diakui, masih jauh dari kenyataan. Tentangan dan harapan ini memerlukan suatu paradigma dan epistemologi khas yang mengarah kepada konseptualisasi dan pengukuran (psikometrik). Dalam konteks sejarah, psikologi baru diakui sebagi suatu ilmu berasaskan verifikasi pengukuran kuantitatif, sebagaimana yang dipelopori oleh William Wundt dengan strukturalismenya. Oleh itu kajian ini cuba menawarkan konsep Epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam  dengan cara transformasik ideologi, budaya dan sosial yang berasaskan dari Al-qur’an dan Hadits untuk membentuk konstruk-konstruk dan indikator-indikator sesebuah pengukuran yang dikombinasikan menurut kaedah psikometrik yang sedia ada. Konsep mental-kognitif sebagai bentuk cara berfikir  berteraskan Islam telahpun dibina dengan pendekatan tawaran epistemologi dimana Pengukuran ini telah ditadbir kepada Remaja Bermasalah Di Pusat Pemulihan seramai 490 orang. Hasil kajian menunjukkan tahap mental-kognitif remaja tersebut adalah pada tahap yang rendah. Menurut perbezaan jantina dengan menggunakan ujian t mendapati perempuan (min=248.81) lebih tinggi tahapnya berbanding lelaki (244.671) di mana t=-2.071 dengan p<0.05.  Manakala dari segi reliabiliti dan validiti memperlihatkan indeks yang cukup baik. Diharapkan hasil kajian ini dapat memberi implikasi kepada berkembangnya pembinaan alat pengukuran dan modul-modul intervensi psikologi  yang berteraskan Islam.